The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

MK Dons Mahukan Steven Gerrard Sebagai Pengurus

Encik Bakri pada November 19, 2016

Milton Keynes Dons dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas kapten Liverpool dan juga pemain England itu sebagai pengurus pasukan mereka selepas kontrak Gerrard bersama LA Galaxy telah berakhir.

Gerrard belum memutuskan samada terus bermain atau bersara tetapi Media British melaporkan kelab di divisyen ketiga, MK Dons, bakal berbincang bersama Gerrard berhubung kekosongan jawatan pengurus pasukan terbabit.

Kontrak Pengurus MK Dons, Karl Robinson telah berakhir Oktober lalu setelah mengendali pasukan itu selama 6 tahun dan mereka memerlukan pengurus baru. Ketika dihubungi pihak MK Dons enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

MK Dons sebelum ini dikenali dengan nama Wimbledon sebelum mengubah kedudukan daripada selatan London ke Milton Keynes yang terletak 97 kilometer ke utara London.