Misbun Kembali Ke BAM Kerana Pujukan Lee Chong Wei

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Pemain Badminton Lagenda Malaysia dan juga jurulatih yang menaikkan nama Lee Chong Wei hingga menjadi pemain nombor satu dunia, Misbun Sidek telah kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Negara.

Kepulangan Misbun secara rasmi telah diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mereka bertemu untuk berbincang dan persetujuan secara lisan telah dicapai. Norza percaya Misbun tahu ramuan untuk berjaya.

Gambar Misbun bersama adinya Jalani ketika kanak-kanak.

"Sebagaimana semua maklum, Misbun tahu dan faham apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan yang hebat" kata Norza.

Misbun akan berkerjasama dengan Hendrawan dan Tey Seu Bock telah ditukar untuk melatih perseorangan wanita.

Misbun Kembali Kerana Lee Chong Wei

Kepulangan Misbun Sidek untuk bersama BAM adalah kerana Lee Chong Wei. Misbun mendedahkan bahawa beliau tidak mampu untuk menolak kesungguhan Lee Chong Wei dalam usaha memujuknya supaya kembali bersama BAM.

"Memang saya akui Chong Wei adalah sebab utama saya kembali menyertai BAM, banyak kali dia datang bertemu saya dan dia benar-benar berharap kepada saya.

"Banyak kali dia datang, tujuh atau lapan kali datang berjumpa saya. Apabila anak sudah minta tolong, sudah pasti bapa akan tolong.

Datuk Misbun Sidek menerima kunjungan Datuk Wira Lee Chong Wei malam ini.

Nusa Mahsuri 发布于 2017年6月5日

"Jadi saya terima permintaannya kerana dia sudah macam anak saya, saya nampak kesungguhannya dan atas sebab itu saya terima," katanya ketika ditemui oleh Utusan.

Misbun juga menyatakan bahawa beliau sudah melupakan segala isu dan salah faham yang pernah timbul sebelum ini antara beliau dan BAM sehingga beliau berundur diri dari BAM pada tahun 2011.

"Sebelum ini saya tinggalkan BAM dan beri laluan kepada orang lain untuk melakukan yang lebih baik daripada saya dan dua Sukan Olimpik sudah berlalu tetapi tetap sama.

"Mungkin Chong Wei mahu saya kembali kerana mahukan ilmu penghabisan daripada saya dan mahu menamatkan kariernya bersama saya," katanya kepada Utusan.

Semoga prestasi turun naik Lee Chong Wei akan kembali konsisten.

Sumber : Utusan




Paparkan Komen