Milner: Liverpool Perlu Menangi Trofi Terlebih Dahulu Jika Mahu Digelar Terbaik Di Dunia

Izuddin oleh Izuddin 2 hari yang lalu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan kapten pasukan, James Milner menolak dakwaan pengurus Porto yang mendakwa Liverpool adalah pasukan terbaik di dunia ketika ini.

Liverpool bakal berdepan Porto dalam perlawanan timbal balik pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok dengan kelebihan dua gol selepas meraih kemenangan 2-0 di Anfield minggu lalu.

Klopp akui Liverpool bermain baik musim ini dan berterima kasih kepada para peminat

Anak buah Jurgen Klopp dilihat berada dalam keadaan selesa untuk layak ke separuh akhir selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang ketika menundukkan Porto minggu lalu.

Melihat pada persembahan Liverpool dalam perlawanan pertama, pengurus Porto, Sergio Conceicao mendakwa Liverpool adalah pasukan terbaik di dunia bagi musim ini.

Walau bagaimanapun, Klopp enggan terbawa-bawa dengan pujian dari Conceicao dan mengakui masih banyak perkara yang harus mereka lakukan sebelum layak mendapat gelaran tersebut.

"Memang betul, ada beberapa ketika kami bermain dengan sangat baik. Ia satu pujian terhadap pasukan saya."

"Tetapi kami sedar kami mempunyai tugas yang sukar menanti selepas ini." Beritahu Klopp kepada sidang media menjelang pertemuan awal pagi nanti.

Menang UCL dulu baru layak dibandingkan dengan skuad 2015

Walaupun mengakui musim ini telah berjalan dengan lancar buat Liverpool, Klopp menegaskan mereka tidak berada di Portugal semata-mata untuk meraikan kejayaan.

Untuk 2 musim berturut-turut, peminat Liverpool bertandang ke Portugal untuk berhadapan dengan Porto. Musim lepas dalam perjalanan Liverpool ke pentas final, mereka berjaya menumpaskan Porto 5-0 di tempat lawan.

"Perjalanan ini, yang mana semua pemain dan peminat lakukan sepanjang dua tahun adalah pengalaman yang cukup menakjubkan."

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat."

Terdapat juga sesetengah pihak yang mendakwa wujud persamaan di antara skuad Liverpool sekarang dengan skuad Liverpool yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2005.

Sama seperti Klopp, kapten pasukan James Milner memilih untuk merendah diri dan berkata beliau dan rakan-rakan yang lain perlu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu dengan memenangi trofi.

"Pasukan Liverpool tersebut [2005] berjaya melintas garisan penamat dan memenangi trofi. Itulah yang kami mahu lakukan sekarang."

"Buat masa sekarang, pasukan ini masih belum melakukan perkara tersebut."

Adakah sejarah akan berulang malam ini ?

Milner turut menjelaskan pemain Liverpool yang lain tidak bercakap sangat mengenai peluang mereka untuk memenangi trofi,sebaliknya mereka hanya fokus pada tugasan di hadapan iaitu memenangi perlawanan sebanyak yang mungkin.

"Kami tidak banyak bercakap sangat mengenai perkara yang mungkin akan berlaku. Kami masih menjalani latihan seperti biasa, mentaliti pasukan untuk menghadapi setiap perlawanan juga masih sama dan tidak berubah."

Jangan lupa temu janji kita awal pagi esok, tepat pukul 3.00 pagi waktu Malaysia. Saksikan pertembungan menarik ini di Astro atau mamak-mamak berhampiran.




Paparkan Komen