Mignolet: Penyudah Pemain Club Brugge Lebih Baik Berbanding Firmino

Share on facebook
Share on twitter

Bekas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet menyifatkan bahawa rakan sepasukannya di Club Brugge mempunyai sentuhan penyudah lebih baik daripada Roberto Firmino.

Roberto Firmino pemain kelahiran Brazil menjadi nadi penting di bahagian serangan Liverpool beberapa musim lalu dalam merencanakan serangan dan menjaringkan gol.

Gandingan mantap antara Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane terbukti berkesan sejak tahun lalu dengan rentetan kejayaan sehingga menakluk dunia.

Musim ini menyaksikan Liverpool berada dilandasan terbaik untuk bergelar juara Premier League buat pertama kali sejak dijenamakan semula.

Simon Mignolet merupakan bekas penjaga gol Liverpool yang sentiasa mempamerkan aksi kelakar yang bersilih ganti dengan Loris Karius yang terlebih lucu.

Kehadiran Alisson Becker yang terlalu cemerlang dan Adrian yang jauh boleh diharapkan menutup pintu untuk Mignolet mendapatkan tempat.

Kerana sedar diri dan realiti akan situasi itu, Mignolet kembali ke kelab asalnya di Belgium iaitu Club Brugge dengan kontrak selama 5 tahun.

Bermain di liga Belgium, Jupiler League, Mignolet dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh pemain Liverpool ketika ini.

Club Brugge kini 10 mata di puncak Jupiler League meninggalkan saingan terdekat mereka dengan baki 10 perlawanan lagi.

Ketika ini boleh dikatakan dunia bola sepak berbicara mengenai kecemerlangan Liverpool, Mignolet juga tidak terkecuali.

Mignolet membuat satu kenyataan yang berani dan percaya dengan apa yang dilihatnya di Club Brugge lalu dibandingkan dengan bekas rakan sepasukan di Liverpool.

Penjaga gol itu telah membandingkan Hans Vanaken dan Ruud Vormer dengan Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

“Kedua-dua pemain, Hans Vanaken dan Ruud Vormer mempunyai sentuhan yang sangat baik.” Ujar Mignolet penuh yakin.”

“Roberto Firmino dan Mohamed Salah sudah pasti merupakan pemain bola sepak yang hebat tetapi Firmino bukanlah pemain dilahirkan dengan sentuhan penyudah.”

Penyudah rakan sepasukan beliau di Club Brugge lebih baik berbanding Firmino dan setaraf dengan Salah.

“Hans Vanaken dan Ruud Vormer sudah bukan berada di tahap lebih rendah berbanding Firmino dalam aspek penyudah.”

“Aku berani cakap, penyudah Hans Vanaken dan Ruud Vormer lebih baik berbanding Firmino dan penyudah mereka setaraf tahap Mo.”

Lebih memburukkan situasi, Mignolet mengakui kedua-dua rakan pasukan akan menganjing Firmino dan Salah ketika sesi latihan.

“Bila Ruud atau Hans menjaringkan gol ketika latihan mereka akan menjerit ‘Ini sesuatu yang berbeza daripada Firmino dan Salah. huh!”

“Hubungan kami sangat baik. Suasana ketika latihan dan pengalaman berada di sini sangat hebat.”

Mungkin Mignolet terlalu rindukan Liverpool maka dengan berani membuat kenyataan seperti ini dan mungkin semua itu benar di mata Mignolet.

Share on facebook
Share on twitter