Michael Owen Menyifatkan Arsenal Pasukan Paling Konsisten Di Atas Muka Bumi

Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Michael Owen pernah bergelar pundit atau pendeta mengikut terjemahan google, reputasinya sebagai pundit mendapat reaksi yang pelbagai ada yang positif dan ada yang negatif. Jika negatif dari pundit boleh menjadi pundek.

Sejak menjadi pengulas bersama dan penganalisis di BT Sport bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Manchester United itu membina reputasi dengan membuat pelbagai kenyataan yang aneh serta pelik. Ini mungkin kesan kerana bermain dengan Liverpool dan juga Manchester United.

Antara Pemain Yang Konsisten

Kali ini Owen membuat satu kenyataan mengenai pasukan Arsenal. Bekas penyerang England itu menyifatkan ‘Arsenal Merupakan Pasukan Paling Konsisten Di Atas Muka Bumi’. Owen tidak seperti segelintir manusia yang membuat komen dengan hanya membaca tajuk dan beliau tampil dengan alasan mengapa beliau berkata sedemikian.

“Saya rasa Arsenal merupakan sebuah pasukan yang paling konsisten yang ada di muka bumi ini'” kata Owen kepada BT Sport.

Owen Sebagai Pendeta Bola Sepak

“Semua orang berkata ‘kami selalu beraksi di bawah prestasi sebenar’ tetapi Arsenal senantiasa konsisten. Mereka akan berada di kedudukan ke-3 atau keArsenal (ke-4) setiap tahun di liga. Mereka juga akan tersingkir di pusingan 16 terbaik juga setiap tahun di Champions League.

“Setiap tahun kedudukan mereka sama dan perkara ini berlarutan untuk tempoh 10-12 tahun. Mereka menewaskan semua pasukan sampah di liga perdana atau di peringkat kumpulan Champions League.

“Arsenal akan dibelasah apabila mereka menentang Bayern Munich atau Manchester United atau Chelsea. Mereka sangat konsisten walaupun di bawah tahap sebenar.

Kesimpulan dari kenyataan Owen ini, Arsenal menjadi pasukan paling konsisten di dunia yang fana ini dan akhirat kekal selamanya kerana Arsenal sentiasa mempamerkan prestasi di bawah tahap sebenar. Mungkin ada benarnya juga kata-kata Owen ini.

Ada peminat Arsenal yang setuju dan ada yang tidak dengan pendapat Owen ini. Ini hanyalah pendapat beliau tidak macam segelintir manusia tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis Fatwa, dah la tinggal rumah sewa tapi pakai kereta mewah. Amboi! Amboi!