Mia Khalifa Dedah Sebab Mengapa Beliau Meminati West Ham

Izuddin oleh Izuddin 6 bulan yang lalu

Siapa yang tidak kenal Mia Khalifa. Kalau tak kenal, mungkin anda adalah satu-satunya lelaki yang masih teruna dalam Malaysia ini.

Sedikit pengenalan mengenai Mia Khalifa ni. Beliau adalah bekas pelakon pornografi dan kini sudah bersara dan terlibat dalam bidang pengacaraan dan juga dj radio.

Keayuan Mia Khalifa terserlah ketika menggayakan tudung Duckscarve

Namun begitu, Mia Khalifa juga diketahui amat meminati beberapa jenis sukan menerusi posting Instagram beliau seperti NFL, Basketball, dan juga bola sepak.

Tetapi pasukan yang diminati Mia Khalifa bukanlah pasukan dari Major League Soccer, tetapi pasukan tersebut adalah West Ham United, pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Menerusi posting di Instagram beliau, Mia Khalifa mendedahkan beliau kini berada di London untuk satu projek khas yang berkait dengan bola sepak. Tidak dapat dipastikan sama ada projek tersebut di bawah Premier League atau West Ham.

View this post on Instagram

⚒⚒⚒ @uref.official

A post shared by Mia K. (@miakhalifa) on

Tetapi mengapa West Ham menjadi kelab kegemaran Mia Khalifa dari banyak-banyak kelab di England ? Mengapa bukan Liverpoo? Manchester United ?

Menurut wanita kelahiran Lebanon itu, beliau mula jatuh cinta dengan West Ham selepas menonton satu filem berjudul 'Green Street Hooligans' yang mengisahkan mengenai budaya hooligans dalam bola sepak.

"Saya menonton 'Green Street Hooligans' ketika saya kecil dan sejak dari itu, saya mula meminati West Ham."

"Saya tidak pernah menghadiri mana-mana perlawanan West Ham. Sebenarnya itu adalah kali pertama saya berada di England [merujuk kepada lawatan beliau ke London sekitar Jun 2018]."

"Saya boleh lihat stadium West Ham ketika saya berada di puncak menara, walaupun ia agak jauh."

Green Street Hooligans ditayangkan pada tahun 2005

"Saya suka untuk menonton perlawanan West Ham di stadium. Saya sebenarnya mahu kembali ke London untuk melakukan jelajah makanan di sana."

"Dan saya bercadang untuk melakukannya sekali dengan menghadiri perlawanan West Ham. "




Paparkan Komen