The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Messi Di Kenakan Hukuman Penjara 21 Bulan

Encik Bakri pada July 7, 2016

BARCELONA 7 Julai – Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dijatuhi hukuman penjara 21 bulan oleh sebuah mahkamah Sepanyol selepas didapati bersalah melakukan penipuan cukai.

Di bawah undang-undang Sepanyol mana-mana hukuman di bawah dua tahun boleh digantung sementara dan kemungkinan bintang bola sepak Barcelona dan bekas pemain Argentina itu dijangka boleh mengelakkan hukuman penjara.

Pemain berusia 29 tahun itu yang merupakan satu-satunya atlet sukan mempunyai pendapatan paling tinggi, didakwa mewujudkan beberapa syarikat palsu di Belize dan Uruguay untuk mengelak cukai €4.16 juta (RM18.67 juta) ke atas pendapatan hak cipta imej antara tahun 2007 dan 2009.

Utusan
Utusan

Bulan lalu, Messi yang berehat daripada persiapan pasukan Argentina bagi menghadapi kejohanan Copa America musim panas berkata: “Saya hanya tahu main bola; saya tidak tahu apa-apa. Saya percaya kepada ayah saya dan juga para peguam saya.”

Bapa pemain Argentinia itu, Jorge Horacio Messi turut dijatuhi hukuman yang sama.

Anak beranak yang bakal dikenakan denda amat tinggi itu boleh membuat rayuan di Mahkamah Agung Sepanyol terhadap hukuman yang diterima.

Ketika perbicaraan, Messi berkata, dia tidak menyangka sebarang penipuan ketika bapanya menyuruhnya menandatangani kontrak atau dokumen berkaitan hak cipta imej, iaitu pendapatan yang amat tinggi bagi seorang atlet sukan setarafnya.

Sementara itu kelab Barcelona semalam mengeluarkan kenyataan yang menyokong bintang bola sepak mereka dan merasakan Messi tidak terlibat dengan sebarang jenayah penipuan cukai.

“FC Barcelona memberi sokongan penuh kepada Leo Messi dan bapanya berkaitan hukuman penipuan cukai oleh Mahkamah Sesyen Barcelona hari ini (semalam).

“Walaupun kelab tidak membantah hukuman yang dijatuhkan mahkamah namun percaya Messi yang telah memberikan kerjasama penuh kepada Pejabat Cukai Sepanyol, tidak bersubahat dengan jenayah yang dinyatakan dalam kes ini,” kata kenyataan itu. – AGENSI

-Sumber : Utusan


Download aplikasi The Sukan di Google Play