Messi Akhirnya Bertemu Peminat Ciliknya Murtaza Ahmadi

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Lionel Messi akhirnya dapat bertemu peminat ciliknya, Murtaza Ahmadi  yang pernah viral di internet selepas gambarnya memakai jersi tertera nama Messi yang menggunakan beg plastik atau supik gelenyar.

Impian Murtaza Ahmadi berusia 6 tahun untuk bertemu pemain bola sepak handalan yang menjadi idolanya akhirnya menjadi kenyataan. Messi bersama Barcelona ke Doha untuk perlawanan persahabatan menentang Al-Ahli.

Selain perjumpaan ini, Ahmadi berjalan bersama Messi ke padang pada hari perlawanan. Selepas gambar Ahmadi viral pada awal tahun 2016, Messi telah menghantar jersi berserta tandatangan beliau kepada Ahmadi. Lihat video di bawah.

Gambar : Sky Sports
Gambar : Sky Sports

Ketika itu Messi juga menyatakan keinginan untuk berjumpa Ahmadi, akhirnya mereka bertemu dan kedua-dua ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap mereka riang bersama.