Menakjubkan Permainan Satu Dua Dybala Dan Higuan Sebelum Gol

Share on facebook
Share on twitter

Paulo Dybala telah membuat satu bantuan gol yang sungguh indah lagi menakjubkan untuk Gonzalo Higuan menghasilkan satu gol dari gerakan menarik.

Juventus telah berjaya menewaskan Udinese 4-0 dan gerakan satu dua cantik antara Paulo Dybala dan Gonzalo Higuan menjadi bualan dunia bola sepak.

Gol pembukaan dalam perlawanan ini terhasil dari 3 kali permainan satu dua antara Dybala dan Higuan membuatkan lawan terpegun dan kaku.

Dybala yang berlari masuk ketengah dari bahagian sisi menerima hantaran daripada Higuan-Dyabala, Higuan-Dyabala, Higuan-Dybala dan gol.

Hantaran akhir Dybala sungguh indah dengan satu lambungan secukup tanpa perlu sebarang perisa tambahan.

Higuan tenang mendada bola itu ke tanah untuk mendapatkan sedikit lantunan sebelum melakukan penyudah.

Dybala menjaringkan dua gol dan menghasilkan satu bantuan gol dalam perlawanan ini.

Gol kedua Dybala juga sangat jahat dengan melencongkan bola sedikit melemaskan Nicolas Andrade.

Walaupun berjaya membuat sedikit sentuhan ke atas bola namun itu tidak cukup untuk menghalang bola masuk.

Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dalam perlawanan ini, Dybala dan Higuan dilihat sangat menikmati bermain bersama.

Ni versi ada pengulas. Higuan-Dyabala, Higuan-Dyabala, Higuan-Dybala.

Pada 4 Jun 2015 Dybala telah diikat oleh Juventus dari Palermo untuk tempoh 5 tahun dengan harga €40 juta. Selepas 3 tahun bersama Juventus harga pasaran semasa Dybala melonjak naik ke angka €155 juta.

The left-footed baby-faced assassin(Pembunuh Upahan Bermuka Bayi Berkaki Kidal) ini tidaklah mempunyai kelajuan yang mencecah kelajuan bunyi seperti Messi nama beliau dianugerahkan dengan kaki kiri mengancam beserta penyudah yang tajam.

Dybala juga dianugerahkan dengan otak yang mempunyai processor berkelajuan tinggi di mana Dybala mampu melihat sesuatu situasi 10 saat lebih laju berbanding pemain lain di padang.

Sudah terlalu lama bola sepak Argentina mencari pemain yang mampu menjadi penyambung kecemerlangan Diego Maradona.

Pablo Aimar, Ariel Ortega dan ramai lagi. Namun para pemain ini gagal untuk menanggung beban dibandingkan dengan Maradona sehinggalah kemunculan Leo Messi.

Adakah Dybala mampu menggantikan Messi di Argentina di masa hadapan?

Share on facebook
Share on twitter