The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Melaka United Mengesahkan Gelaran Juara Liga Perdana 2016

Encik Bakri pada September 10, 2016

Melaka United kembali ke Liga Super selepas kali terakhir bersaing di liga elit itu pada 2006 meskipun sekadar terikat 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT II) di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Anak buah Mat Zan Mat Aris yang hanya memerlukan satu mata sahaja untuk muncul juara Liga Perdana musim ini mendahului menerusi jaringan Yashir Pinto pada minit ke-76 sebelum Rafael Bonfirm mengikat kedudukan pada minit akhir perlawanan yang menyaksikan JDT II jatuh di tangga ketiga liga.

melaka-united-mengesahkan-gelaran-juara-liga-perdana-2016
Gambar : Melaka United SA

Keputusan itu membolehkan skuad Hang Tuah itu berkelebihan sembilan mata di hadapan JDT II ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Gelaran juara ini menandakan kebangkitan Melaka sebagai kuasa baharu bola sepak apabila hanya memerlukan satu musim untuk menyertai liga elit itu selepas menjuarai Liga FAM musim lalu.

Nyata pelaburan yang dibuat barisan pengurusan skuad itu membawa pulangan yang berbaloi dengan juara baharu itu merakam rekod yang mengagumkan apabila hanya tewas sekali daripada 20 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Malah, mereka turut menjadi pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan liga dengan 45 gol serta pasukan yang bolos sedikit dengan hanya melepaskan 20 gol dalam 20 perlawanan.

Sumber : Berita Harian