The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Melaka United Iringi Perlis Ke Liga Perdana dan Bakal Berentap Di Perlawan Akhir Liga FAM

Encik Bakri pada August 24, 2015

Melaka United layak ke saingan Liga Perdana tahun depan apabila menjuarai Kumpulan B Liga FAM, walaupun tewas kepada Young Fighters FC 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

wpid-photogrid_1439828624326-1080x675

Melaka United mengiringi Perlis, yang muncul juara Kumpulan A, bagi bersaing dalam Liga Perdana musim depan dan dua pasukan itu akan bertembung dalam perlawanan akhir merebut Piala Liga FAM dijadualkan pada 30 Ogos ini.

Pada perlawanan itu, Melaka United yang bermain dengan sokongan padu kira-kira 20,000 penyokong, bilangan penonton teramai bagi tuan rumah ,usim ini, bertemu buku dengan ruas dalam saingan sengit dua pasukan tersebut.

Young Fighters FC membuka jaringan hasil sepakan penjuru yang disudahkan dengan kemas oleh pemain tengah R. Barathkumar pada minit ke-23 dengan menewaskan penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Jaringan itu tidak melemahkan semangat pemain Melaka United yang terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu lawan.

Bagaimanapun, bermain dengan tekanan sedikit sebanyak menjejaskan percaturan strategi jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris untuk Melaka United.

Melaka United memperolehi banyak peluang sepanjang perlawanan terutamanya melalui ayam tambatan mereka Nurshamil Abd Ghani, bagaimanapun mereka gagal menyudahkan peluang tersebut dengan baik apabila rembatan pemain Melaka United kerap tersasar dan terkena palang.

Young Fighters FC dibimbing seorang lagi jurulatih berpengalaman, Azmi Mohamed, menambah derita Melaka United pada minit terakhir perlawanan apabila penyerang Muhammad Zulfahmi Awang merembat masuk gol kedua pada minit ke-89.

Kekalahan itu tidak menjejaskan kegembiraan penyokong tuan rumah yang meraikan titik penamat ‘percutian’ Melaka United selama lima musim di Liga FAM selepas pengadil perlawanan Khirulazuan Kidam meniupkan wisel penamat.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Melaka United muncul juara kumpulan dengan mengumpul 36 mata, terikat bersama MISC-MIFA. Bagaimapaun, Melaka United memiliki kelebihan satu perbezaan gol untuk mnungguli carta kumpulan.

Young Fighters menghuni ketiga dengan 31 mata, diikuti MOF FC (21), PB Melayu Kedah (20), Harimau Muda C (19), Air Asia Allstar (16), PB Ipoh (13) dan Johor Darul Ta’zim III dengan 10 mata.

Kedudukan Akhir Liga FAM 2015

SPMB

-Stadium Astro