Media Croatia Sedap Menghentam England

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Kapten pasukan Croatia, Luca Modrid dan rakan-rakan telah mengepalai serangan ke atas media Inggeris dan di Croatia pula atas semangat kebangsaan Media di negara Croatia juga tidak melepaskan peluang untuk menghentam England.

Sebabnya sama kerana Kebanyakkan media Inggeris telah membuat propaganda bahawa England akan ke final dan muncul juara memperkecilakn Croatia seperti Croatia ini tiada kaki. Disebabkan rasa kurang hormat dan angkuh inilah England pula menjadi bahan media Croatia.

Walaupun dilabel sebagai 'dark horses' pada Piala Dunia musim panas di Russia tiada siapa memberi perhatian serius bahawa Croatia akan berjaya mara ke perlawanan akhir. Croatia membuktikan bahawa mereka pasukan bawah anjing(underdog) yang terulung.

Croatia tidak perlu bermain seperti kebanyakkan pasukan bawah anjing yang lain yang mengamalkan corak bertahan yang tidak tahan mata melihat tetapi mereka mempamerkan aksi yang tersusun dan menyerang serta menarik sama seperti zaman kegemilangan The Red Warriors.

The Guardian telah memantau dan mengambil sikap ingin tahu apa yang dilaporkan oleh akhbar yang wujud di Croatia dan ternyata mereka sangat gembira melaporkan kekalahan England di kaki Croatia pada perlawanan separuh akhir.

Lihat bagaimana teriakan Inggeris selepas kalah kepada Croatia

Sebuah laman web terkemuka Croatia yang dikenali sebagai Vecernij dengan megah dan angkuhnya memaparkan tajuk berita seperti :

"Bola sepak bukan akan pulang" "Keangkuhan memukul mereka kembali" dan "Inggeris ialah orang yang marah apabila kalah".

----

"Football’s not coming home" "The arrogance hit them back" and "The English are sore losers".

Malah portal atas talian terkemuka itu telah meletakkan kapsyen yang sedap di gambar pemain England yang menangis.

"Lihat bagaimana teriakan Inggeris selepas kalah kepada Croatia"

----

"Look how the English cry after losing to Croatia"

Vecerni list : Croatia bermain bola paling sedap atas planet ketika ini.
24 Sata : Kau tak bermimpi, ini realiti.

Sementara itu Joska Jelicic yang merupakan seorang pengulas di stesen penyiar kebangsaan Croatia, HRT telah membuat satu kenyataan yang agak sedap.

"England tidak mempunyai sebab untuk menangis, mereka tewas kepada juara dunia untuk masa depan."

"Kami bermain dengan penuh kematangan, Orang Inggeris menyangka kami pasukan yang lemah."

Manakala bekas pemain kebangsaan Croatia yang menjadi tonggak utamap pasukan Piala Dunia 1998 hingga mara ke separuh akhir, Robert Prosinecki berkata :

"Kami telah membunuh lelaki Inggeris pada separuh masa kedua."

Kerana memandang rendah dan tidak memberikan penghargaan secukupnya sehingga membuatkan Croatia rasa terhina nyata telah memakan diri media England dan akibatnya pasukan England menjadi mangsa.




Paparkan Komen