Mbappe Hampir Menjaringkan Gol Melalui Satu Sepakan Rabona Cantik

Share on facebook
Share on twitter

Kylian Mbappe menjadi pemain termuda dalam sejarah Monaco apabila membuat penampilan dalam pasukan utama seawal usia 16 tahun 347 hari ketika masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Caen pada Disember 2015.

Pada musim berikutnya, beliau menjadi pemain utama untuk Monaco dan berjaya membantu kelab tersebut menjuarai Ligue 1 seawal usia 18 tahun.

Pada Mac 2017, Mbappe melakukan debut bersama pasukan kebangsaan Perancis apabila beliau masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Luxembourg dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, ketika beliau berusia 18 tahun 95 hari.

Karier Mbappe terus meningkat dalam musim berikutnya. Beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dalam perjanjian pinjaman dan membantu kelab tersebut memenangi treble dalam musim pertamanya.

Tidak cukup dengan itu, Mbappe terus menggemparkan dunia apabila beraksi cemerlang di Russia untuk membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2018. Mbappe menjaringkan 4 gol sepanjang kejohanan dan dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Mbappe terus bermaharaja lela di Perancis bersama PSG sehingga Ligue 1 di gelar Farmer League.

Dalam perlawanan suku akhir Coupe de la Ligue atau Piala Liga, PSG mudah menewaskan Saint-Etienne penuh bergaya dengan jaringan 6-1.

Pemain muda sensasi itu telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini dan detik paling diingati adalah ketika Mbappe cuba melakukan Rabona.

Hantaran Edison Cavani cantik dibodohkan oleh Neymar dengan satu dummies dan bola menemui Mbappe yang melakukan first timer Rabona.

Malang bola sedikit tersasar ketika penjaga gol Saint-Etienne sudah keluar sedikit jauh dari kawasan gol.

Legenda bola sepak dunia, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele berkata pemain muda sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mampu menjadi seperti beliau dengan mengharungi karier yang penuh gemilang.

Pele merupakan ikon bola sepak dunia dan dianggap sebagai pemain paling hebat sepanjang sejarah, tetapi ada juga sesetengah pihak memandang serong anggapan tersebut kerana beliau bermain dalam era dimana tiada undang-undang ‘off-side’.

Share on facebook
Share on twitter