Mayweather Akan Pengsan Kalau Memandang Rendah McGregor

Eikrem 1 minggu yang lalu

Petinju terkemuka dunia, Floyd Mayweather diberi amaran oleh Kevin Lee jika dia mengambil mudah cabaran jaguh UFC, Connor McGregor dalam pertemuan mereka pada 26 Ogos nanti.

Kevin Lee yang juga merupakan petinju di UFC dalam kategori lightweight, memberi amaran tersebut kerana dia kenal McGregor dan tahu selok belok teknik yang selalu digunakan oleh MrGregor dan dia juga yakin Mayweather akan menang pertarungan yang paling dinanti tersebut sekiranya persediaan rapi dilakukan.

Mayweather boleh dikatakan sebagai seorang lagenda tinju dan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah 50-0 miliknya.

“Aku rasa Mayweather akan belasah Conor, dan mesti McGregor tak jangka kepantasan Mayweather. Dalam empat pusingan pertama dia akan mengekalkan rancangan permainannya tapi dalam pusingan kelapan atau kesembilan McGregor akan mula tunjuk bisa yang sebenar,” kata Lee.

“Kalau Mayweather lawan macam perlawanan tinju yang biasa, dia mesti kena balun, tapi dia akan membuat persiaan rapi.

“Kalau dia tak sedia, pusingan keempat nanti dah pengsan.

“Tapi aku rasa Mayweather ada perancangan yang dahsyat,” tambah Lee lagi.

Kevin Lee – rakan sparring Mayweather | Gambar : Mirror

Lee juga mengesahkan akan menyertai kem latihan Mayweather menjelang hari pertarungan nanti.

Tambah Lee,” Diorang suruh aku berlatih dengan Floyd beberapa minggu lalu tapi aku tangguh dulu sebab aku ada game.”

“Bila aku balik ke Vegas nanti aku duduk berbincang elok-elok dengan diorang, lepas barulah aku akan tolong dia.

“Sebenarnya kan, kalau kau tengok Floyd berlatih, dia tu antara manusia yang paling bijaksana dalam tinju ni. Dia tahu orang MMA akan beraksi dengan cara yang berbeza.

“Jadi, dia memang menjangka apa yang tak terjangka, sebab tu dia minta aku tolong dan ternyata itu adalah tindakan yang bijak,” kata Lee.

Patutlah bukan main lagi si Lee puji raja trashtalk Mayweather ni, rupanya dia dipanggil sebagai rakan sparring.

Kalau nak kira, kelebihan pasti akan berpihak kepada Mayweather walaupun McGregor mempunyai latar belakang sebagai seorang petinju sebelum bergerak sebagai pahlawanan MMA secara professional.

Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu kan? Mana tahu kot McGregor sempat pergi jumpa bomoh Ireland ke nanti, kan?

Sumber berita : Mirror