Matlan Marjan Diampunkan FAM

Eikrem 4 bulan yang lalu

Lagenda Sabah, Matlan Marjan menerima berita gembira apabila dia diampunkan oleh FAM daripada penggantungan seumur hidup selepas disabitkan kesalahan rasuah lebih 20 tahun lalu.

Presiden FAM, Tunku Ismail memberikan pengampunan tersebut kepada Matlan dan lima lagi bekas pemain Sabah –┬áMatusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G. Raveychandran dan Charles Tindi.

Pengampunan itu sekaligus membenarkan keenam-enam individu itu kembali terlibat dengan aktiviti berkaitan bola sepak, di mana mereka boleh memegang jawatan sebagai jurulatih, pengurus atau mana-mana jawatan.

Tunku Ismail turun ke Sabah untuk mesyuarat exco yang pertama selepas memenangi jawatan ini, selain berbincang dengan penyokong dalam satu sesi dialog.

Cari mana Matlan

Pengampunan para pemain ini diumumkan sejurus selepas tamat mesyuarat.

Ketika di zaman kemuncaknya Matlan merupakan seorang penyerang yang cukup tajam dan pernah menjaringkan gol buat Malaysia ketika menentang England. Semoga kembalinya Matlan mampu untuk memberikan tunjuk ajar kepada pemain muda bagaimana caranya untuk menjaringkan gol.

Terima kasih presiden FAM!