The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Manuel Pellegrini Kembali Menjadi Pengurus di Liga Super, Bukan di Selangor

Eikrem pada August 29, 2016

Manuel Pellegrini, pengurus berbangsa Chile kini kembali bertugas menjadi pengurus kelab bola sepak, di kelab yang paling tak dijangka, Hebei China Fortune di Liga Super China.

Hebei Fortune China
Hebei Fortune China | Gambar : Wikipedia

Pellegrini kini menyertai dua lagi pengurus berprofil tinggi, Sven Goran Eriksen dan Luis Felipe Scolari masing-masing mengurus di Shanghai SIPG dan Guangzhou Evegrande Taobao. Antara pemain yang bermain di Hebei ialah bekas bintang Arsenal Gervinho, Ezequiel Lavezzi dan bekas pemain muda Chelsea, Gael Kakuta.

Manuel-Pellegrini-new-Hebei-China-Fortune-manager-1024x575
Kelab Hebei mengisytiharkan kedatangan Pellegrini | Gambar : 101greatgoals

Hebei kini berada di tangga ke-lima liga, dengan baki lagi tujuh perlawanan, ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu, Guangzhou Evegrande Taobao.

Pellegrini sebelum ini ditunjukkan jalan keluar oleh Manchester City setelah kelab tersebut berjaya mendapatkan tandatangan pengurus hebat dari Sepanyol, Pep Guardiola.

Baca juga : Kenapa Kelab China Mampu Berbelanja Besar


Download aplikasi The Sukan di Google Play