The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Manchester United ‘Tertidur’ Ketika Cubaan Mendapatkan Pedro

Encik Bakri pada August 23, 2015

AGEN Pedro Rodriguez menjelaskan Manchester United ‘tertidur’ ketika cubaan mendapatkan bekas pemain Barcelona itu.

Jelas Antonio Sanz, disebabkan itu, Chelsea bergerak sepantas kilat menyambar peluang bagi memastikan Pedro dapat beraksi bersama The Blues.

“Tidak ada rahsia yang mengatakan United cuba mendapatkan Pedro. Mungkin United ‘tertidur’.

“Chelsea bergerak sepantas kilat. Dalam tempoh 24 jam, Pedro bersetuju menyertai Chelsea,” katanya.

Sebelum ini, Pedro diberitakan sudah hampir untuk menyertai skuad bimbingan Louis van Gaal.

Bagaimanapun, Chelsea membuat kejutan dengan mengikat kontrak selama lima tahun bersama pemain berasal dari Sepanyol itu.


Download aplikasi The Sukan di Google Play