Manchester United Kelab Terkaya Di Dunia Meleburkan Dominasi 11 Tahun Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Deloitte telah mengeluarkan senarai 'Football Money League 2017' yang menyaksikan Manchester United muncul kelab terkaya di dunia sekaligus meleburkan dominasi Real Madrid selama 11 tahun yang memegang tampuk kelab terkaya di dunia yang fana.

Manchester United telah kembali ke puncak Liga Duit (Money League) buat pertama kali sejak 2003/04 dengan mencatat rekod pendapatan tertinggi sebanyak RM2827.88 juta (£515.3 juta) dengan mencatatkan pertumbuhan yang mendadak dalam 3 kategori atau kriteria pendapatan iaitu hari perlawanan, penyiaran dan nilai komersil.

Secara keseluruhan senarai 20 Kelab Liga Duit ini mencatatkan pendapatan RM30.18 bilion (£5.5 bilion) meningkat sebanyak 12% dari tahun sebelum. Sebanyak 3 kelab mencatatkan pendapatan melebihi €600 juta. Penyandang juara EPL musim lalu, Leicester City juga tersenarai buat pertama kali dalam senarai ini.

Di bawah merupakan senarai 20 pasukan beserta pecahan sumber pendapatan mereka dari tahun 2012 sehingga 2016.

20. Leicester City

19. Inter Milan

18. Wes Ham united

17. Zenit Saint Petersburg

16. AC Milan

15. AS Roma

14. Schalke 04

13. Atletico Madrid

12. Tottenham Hotspur

11. Borussia Dortmund

10. Juventus

9. Bakal Juara

8. Chelsea

7. Arsenal

6. Paris Saint-Germain

5. Manchester City

4. Bayern Munich

3. Real Madrid

2. Barcelona

1. Manchester United

Perbandingan Pendapatan Tahun 2015/16 dan 2014/15

Secara keseluruhan senarai 20 Kelab Liga Duit ini mencatatkan pendapatan RM30.18 bilion (£5.5 bilion) meningkat sebanyak 12% dari tahun sebelum. Sebanyak 3 kelab mencatatkan pendapatan melebihi €600 juta.

Infografik Football Money League 2017

Sumber dan Gambar : Deloitte Football Money League 2017


Share Tweet


Paparkan Komen