Manchester United Kelab Paling Bernilai

Eikrem 2 bulan yang lalu

Kelab terhebat England, Manchester United telah mengatasi gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona untuk muncul sebagai kelab yang paling bernilai menurut juruaudit dari KPMG.

KPMG ialah sebuah syarikat audit professional yang setaraf dengan tiga lagi syarikat gergasi audit dunia – Deloitte, Ernst & Young dan juga PricewaterhouseCoopers.

United dianggarkan bernilai €3.004 billion, jauh meninggalkan Real Madrid (€2.895 billion) dan Barcelona (€2.688 billion). Pada penghujung musim 2015-16, United dianggarkan bernilai €2.9 billion dan mereka juga muncul kelab pertama yang memecahkan rekod €3 billion.

Sedap kan sebut billion billion ni.

Manchester United cukup kental dalam arena ringgit | Gambar : ESPN

Bayern Munich adalah kelab keempat paling bernilai dengan anggaran €2.367 billion, dan Manchester City melengkapkan lima pasukan teratas dengan €1.909 billion.

Pasukan yang melengkapkan sepuluh pasukan paling bernilai mengikut turutan ialah Arsenal, Chelea, Liverpool, Juventus dan Tottenham Hotspur.

Jangan tanya di mana Melaka United atau Kelantan. Itu tak kelakar.

Pada bulan Mei, United telah mengumumkan pendapatan kasar adalah sekitar £560 juta dan  £570 juta, dengan untung bersih mungkin mengatasi rekod mereka sekarang –  £191.9 juta.

Kelab pantai timur England ini mempunyai 26 penajaan global termasuklah dengan pembekal jersi, Adidas, penaja di jersi – Chevrolet, syarikat pembuat filem – 20th Century Fox dan juga perkhidmatan e-hailing, Uber.

Mereka juga mempunyai 10 penaja mengikut wilayah dan juga 28 rakan media dan kewangan.

Pasti ramai yang agak pelik kenapa kelab Inggeris paling banyak berada di senarai 10 kelab paling bernilai ini walaupun mereka adalah kelab belasahan di peringkat eropah.

Jawapannya mudah sahaja – royalti hak penyiaran yang bernilai £8.3 billion dibahagi sama rata di kalangan 20 kelab Liga Perdana, dengan jumlah tetap ebanyak £84.4 juta semusim dinikmati setiap kelab.

Andrea Sartori, Ketua Global bahagian Sukan KPMG berkata,” Nilai aggregat 32 pasukan utama eropah ini menunjukkan nilai keseluruhan bola sepak, sebagai satu industri, telah meningkat.

“Sesetengah daripada nilai ini dikenal pasti datang daripada hak penyiaran, faktor lain seperti pengkomersialan kelab di peringkat antarabangsa, pelaburan kelab dalam fasilit moden dan pengurusan yang cemerlang juga menyumbang kepada perkembangan ini.

“Dari segi nilai hak media, Liga Perdana Inggeris sememangnya paing selesa berbanding pesaing liga utama eropah yang lain walaupun liga yang lain tersebut mempunyai strategi mereka tersendiri untuk bersaing mendapatkan perhatian peminat global.

“Akan tetapi, tidak seperti faktor lain, kemampuan kelab secara individu untuk mempengaruhi pendapatan menerusi hak penyiaran selalunya amatlah terhad, walaupun kadar keuntungan kelab-kelab ini menunjukkan peningkatan.”

Laporan ini juga menyaksikan peningkatan kelab Sepanyol dalam mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan, dengan Atletico Madrid merekodkan kenaikan sebanyak 34% berbanding musim lalu dan Sevilla (44%).

15 Kelab Bola Sepak Paling Bernilai di Dunia

  1.  Manchester United (€3.004 billion)
  2. Real Madrid (€2.895 billion)
  3. Barcelona (€2.688 billion)
  4. Bayern Munich (€2.367 billion)
  5. Manchester City (€1.909 billion)
  6. Arsenal (€1.882 billion)
  7. Chelsea (€1.524 billion)
  8. Liverpool (€1.260 billion)
  9. Juventus (€1.158 billion)
  10. Tottenham Hotspur (€978 juta)
  11. Paris Saint-Germain (€948 juta)
  12. Borussia Dortmund (€917 juta)
  13. Atletico Madrid (€771 juta)
  14. Schalke (€663 juta)
  15. AC Milan (€504 juta)

Nota : €1 bersamaan RM 4.80, £1 bersamaan RM5.50. Jadi, kau darablah sendiri ya.

Sumber berita : ESPNFC