The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Manchester Derby Yang Paling Teruk!

Eikrem pada October 26, 2015

Manchester derby yang paling teruk!

Setiap musim, perlawanan Manchester derby pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia (Baca : Anti-MU), terutamanya selepas pasukan biru Manchester telah dibeli oleh billionaire pak Arab, Sheikh Mansour yang mana telah berbelanja jutaan pound sterling untuk memperkuatkan pasukan yang tidak dikenali di luar England suatu masa dahulu.

Antara perlawanan yang paling diingati ialah tatkala pasukan merah Manchester telah dirogol 6-1 di laman sendiri pada tahun 2012 setelah Vidic dikenakan kad merah. Tidak lupa juga thriller kemenagan pasukan United 4-3 melalui gol minit terakhir Micheal Owen yang menyebabkan pengurus City ketika itu, Mark Huges berangin satu badan dan hampir menukar jantinanya kepada wanita dan seterusnya menjadi pondan.

Rekod Manchester derby musim-musim lepas
Rekod Manchester derby musim-musim lepas

Akan tetapi, dalam perlawan Manchester derby yang pertama bagi musim 2015-16 ini, magis dan kemeriahan perlawanan yang lepas-lepas seolah-olah tidak wujud lagi, dan tidak melampau dikatakan bahawa perlawanan tersebut adalah perlawanan yang terburuk buat kedua-dua pasukan!

Bagi peminat United yang membesar dengan era Datuk Seri Alex Ferguson, mereka pastinya sudah biasa melihat permainan free flow yang bertenaga sentiasa dipersembahkan dari minit pertama sehingga wisel penamat ditiup pengadil sehinggakan waktu hujung-hujung perlawanan yang melibatkan Untied diberi nama Fergie’s time.

Setelah Moyes mengambil alih dari Fergie, permainan United lebih straight forward – bola dihantar ke sayap, sayap membawa bola dan cross ke tengah untuk ditanduk Rooney atau Persie atau kedua-duanya sekali.

Datang pula LVG – pakar falsafah dari Belanda yang menetapkan taktikal yang rigid atau statik. Pemain tidak dibenarkan mengekspresikan diri mereka di atas padang dan hasilnya terbentuk satu pasukan yang berdisiplin ketika bertahan dan menyerang dan mereka bermain bola bagaikan sedang berkawad kaki.

Dalam perlawanan menentang City, siapa yang kalah bakal kena troll sampai perlawanan derby berikutnya dan perkara ini sangatlah tidak disukai oleh LVG. Jadi, untuk menjaga kubunya dari dibolosi, LVG menetapkan supaya pasukannya mementingkan aspek bertahan, sehinggakan TIADA SATU PUN percubaan tepat ke gol City dan ini adalah rekod terburuk United dalam tempoh 12 tahun.

Statistik penuh Manchester derby 25 Oktober 2015
Statistik penuh Manchester derby 25 Oktober 2015

Lebih teruk lagi, City pun sama perap dengan seteru utama mereka.

Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan hanya mampu mendaftarkan satu percubaan tepat ke arah gol lawan masing-masing, manakala percubaan tidak tepat (baca: kelaut) hanya 3 dan 4 masing-masing buat United dan City.

Apa pun tak boleh bagi pasukan yang dijumlahkan nilai pemain mereka hampir 570 juta GBP (RM3.7 billion) melebihi duit sumbangan pak arab kepada Tuan Guru Haji Najib Razak!

Apapun, memang tersurat bahawa apabila dua pasukan hebat bertemu, maka kedua-dua pasukan akan bermain lebih berhati-hati dan hanya fokus untuk mengambil peluang dari serangan balas.

City, dengan adanya De Bruyne dan Sterling, tampak lebih mampu menghadirkan ancaman yang agak mendebarkan buat barisan pertahanan United dengan hantaran yang cepat dan permain 1-2 antara mereka. Namun segalanya berjaya dipatahkan Smalling dan rakan-rakan.

Martial pula bermain di bahagian kiri padang sekali sekala cuba menyelit masuk ke tengah seperti menentang Liverpool,  namun terhenti sama ada dikasari atau bola dirampas Otamendi. Mungkin kita akan mampu melihat jaringan kepada United sekiranya Martial diletakkan sebagai penyerang tengah, dan sudah tiba masanya LVG merehatkan Rooney yang tidak pernah berehat dalam setiap perlawanan yang melibatkan United dan England.

Apapun, diharapkan perlawanan Manchester derby pada pusingan berikutnya mampu mengembalikan spark dan mengepam adrenalin para penonton. Kalau tidak, lebih baik penonton tukar siaran kepada Gegar Vaganza dan menyokong Siti Nordiana.


Download aplikasi The Sukan di Google Play