The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Manchester City Catat Keuntungan Pertama

Encik Bakri pada October 15, 2015

London: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City mencatat keuntungan pertamanya sejak diambil oleh bilionair Abu Dhabi Sheikh Mansour Zayed pada 2008.

Laporan tahunan terbaru musim 2014/15 menunjukkan kemuncak keuntungan sebanyak £10.7 juta pound (RM68.7 juta) diraih kelab itu pada tahun sebelumnya.

“Musim 2014-15 menandakan pencapaian bersejarah dalam perjalanan Manchester City,” kata ketua eksekutif kelab Ferran Soriano.

“Model kewangan dan pelaburan strategik terbukti berkesan. Manchester City kini menguntungkan dan muncul kelab mampu bersaing pada tahap tertinggi dunia bolasepak,” katanya. – AFP