The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Malaysia Tidak Akan Menarik Diri Dari Kejohanan Piala AFF 2016

Encik Bakri pada November 25, 2016

Kabinet hari ini memutuskan bahawa Malaysia tidak akan menarik diri dari Kejohanan Piala AFF 2016 yang kini berlangsung di Yangon Myanmar.

Sebelum ini Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan berkata keputusan akan dibuat pada hari ini sama ada memboikot atau meneruskan pertandingan.

Perkara ini timbul kerana terdapat desakan supaya Harimau Malaysia menarik diri kerana penindasan Myanmar ke atas Etnik Rohingya.

“Kabinet membuat keputusan untuk terus selesaikan perlawanan di Myanmar.

“Tindakan diplomatik seterusnya akan dibuat selepas ini,” katanya

Keputusan ini disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi.