The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Malaysia Naik Satu Anak Tangga Ranking FIFA Menghampiri Belgium

Encik Bakri pada December 4, 2015

KUALA LUMPUR: Kekalahan tipis 1-2 skuad Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketujuh pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, 17 November lepas tidak menggugat kedudukan mereka dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Malaysia, sebaliknya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-170 dunia dalam bulan ini berbanding 171 pada bulan Oktober dan November.

ranking-malaysia-fifa-disember

Kedudukan berkenaan boleh dianggap masih tercorot kerana skuad kendalian pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee tidak pernah menunjukkan peningkatan ranking yang positif sejak awal tahun ini susulan kekalahan demi kekalahan yang dicatat pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Kim Swee dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan selepas Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada UAE di tempat lawan, 3 September lepas.

Malaysia sebelum ini berada pada ranking ke-154 dunia pada Januari dan Februari, 153 (Mac), 164 (April), 166 (Mei) dan 162 pada Jun, 171 (Julai), 169 pada September dan Ogos.

Wakil benua Eropah, Belgium yang sudah mengesahkan slot ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016 (Euro 2016) di Perancis tahun depan, mengekalkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia selepas mengumpul 1,494 mata.

Naib juara Copa Amerika 2015, Argentina dan naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol turut mengekalkan kedudukan masing-masing selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia dengan kutipan 1,455 dan 1,370 mata.

Kedudukan ranking dunia itu melibatkan 209 anggota gabungan Fifa.– Bernama