Malaysia Layak Ke Pusingan Akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 Di China

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 minggu yang lalu

Keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan antara Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok telah mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari tahun hadapan.

Skuad bawah 22 tahun kebangsaan layak secara automatik selaku juara kumpulan H dengan mengumpul enam mata, menang 2 kali dan tewas sekali selepas mengharungi 3 perlawanan.

Thailand di tangga kedua dengan 5 mata, Indonesia di tangga ketiga dengan 4 mata dan Mongolia di tangga tercorot dengan 1 mata.

TAHNIAH! Ong Kim Swee dan anak buah!

Perlawanan Ke-3 : Malaysia 2 - 0 Mongolia

Perlawanan Ke-2 : Thailand 1 - 0 Malaysia

Perlawanan Ke-1 : Indonesia 0 - 3 Malaysia


Share Tweet


Paparkan Komen