The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Malaysia Berhadapan Kemungkinan Digantung FIFA

Eikrem pada August 1, 2016

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhadapan kebarangkalian digantung oleh FIFA berikutan arahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap bendahari FAM, Datuk Seri Norza Zakaria untuk mendedahkan akaun milik badan bola sepak Malaysia itu kepada pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor.

Persidangan AFC Kredit gambar : Fourfourtwo.com
Persidangan AFC | Kredit gambar : Fourfourtwo.com

TMJ sebelum ini mendakwa terdapat elemen korupsi dalam pentadbiran FAM dan dikatakan mempunyai pendrice  yang mmengandungi segala bukti penyelewengan tersebut. TMJ juga merupakan individu yang paling aktif dalam mengkritik dan menegur FAM dalam banyak perkara seperti hak royalti penyiaran, pengurusan liga dan pelbagai lagi.

Tambahan pula seramai empat orang pemain JDT, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal telahpun mengumumkan persaraan mereka dari mewakili pasukan kebangsaan dan ini menyebabkan Khairy telah menghubungi TMJ, cuba mencari jalan penyelesaian kemuelut TMJ-FAM.

Khairy pula menafikan telah campur tangan dalam urusan FAM, sebaliknya hanya menyatakan bahawa dia hanya menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pihak.

Sekiranya FAM digantung FIFA, maka secara serta merta penyertaan JDT dalam AFC Cup akan dibatalkan seperti mana yang berlaku kepada dua kelab Kuwait tahun lepas.


Download aplikasi The Sukan di Google Play