Luke Shaw Patah Kaki : Senarai Kecederaan Pemain Lain Yang Paling Teruk

Eikrem oleh Eikrem 1 tahun yang lalu

Pada tahun lepas, intang Manchester United yang semakin meningkat naik, Luke Shaw telah mengalami double break di mana kaki kanannya telah patah di dua tempat akibat rempuhan keras pertahahan PSV Eindhoven, Hector Moreno.

Walau bagaimanapun Moreno tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh pengadil perlawanan dan permainan Shaw juga tidak meningkat sejak itu.

Akibat dari kecederaan tersebut, Shaw bakal berehat sekurang-kurangnya enam bulan dan Moreno telah pun meminta maaf kepada Shaw dan Manchester United. Menurut Hector, dia fahamm apa yang Shaw sedang alami kerana dia sendiri pernah mengalami kecederaan yang sama ketika Piala Dunia 2014.

Tetapi, selain Shaw, siapa lagi pemain yang pernah patah kaki ketika perlawanan?

Djibril Cisse

[caption id="attachment_1284" align="aligncenter" width="324"]244604 Djibril Cisse pernah patah kaki sebanyak tiga kali sepanjang kariernya[/caption]

djibril cisse

Bekas pemain Liverpool ini pernah patah kaki sebanyak 3 kali sepanjang kariernya! Salah satunya ketika bermain untuk Liverpool menentang Blackburn  Rovers pada 2004. Cisse telah patah tulang fibia dan tibula ketika cuba merebut bola dari Jay McEveley. Cisse mengatakan dia banyak berterima kasih kepada fisio Liverpool kerana tanpa mereka, mungkin dia telah kehilangan kaki kanannya.

Henrik Larsson

[caption id="attachment_1290" align="aligncenter" width="380"]Henrik Larsson broken leg Larsson pernah dibandingkan dengan Eric Cantona oleh Ferguson[/caption]

Penyerang prolific Sweden ini pernah mengalami kecederaan yang mengancam kariernya. Larsson telah patah kakinya di dua tempat akibat dari asakan Serge Blanc ketika mewakili Inter Milan menentang Lyon pada 1999. Kecederaan ini menyebabkannya disisihkan selama hampir lapan bulan, bagaimanapun Larsson kembali musim berikutnya dengan menjaringkan 35 gol dalam 38 perlawanan liga, dan 53 gol dalam kesemua pertandingan dan menaikkan namanya untuk menerima anugerah Kasut Emas Eropah.

Aaron Ramsey

[caption id="attachment_1285" align="aligncenter" width="500"]Aaron Ramsey broken legEduardo da Silva Eduardo gagal menemui sentuhan ajaibnya selepas cedera[/caption]

Eduardo sebelum mengalami kecederaan ini merupakan nadi utama pasukan Arsenal. Dia selalu menjaringkan gol-gol yang cantik dan hanya mampu dilihat penjaga gol lawan. Namun segalanya berubah apabila kakinya diterjah Martin Taylor dalam perlawanan menentang Birmingham. Kakinya patah di tibula kaki kirinya dan buku lalinya tercabut. Setahun kemudian, Eduardo kembali bermain namun tidak mampu mengulangi zaman kegemilangannya dan dijual ke Shakhtar Donetsk. Di hati penyokong Arsenal, Eduardo tetap seorang wira.

Diego Armando Maradona

[caption id="attachment_1287" align="aligncenter" width="500"]Diego maradona broken leg Antara punca kerier Maradona bersama Barca berakhir[/caption]

Selepas Maradona menyertai Barcelona, Maradona disambut sebagai seorang pahlawan. Maradona mengekalkan kecemerlangannya di atas padang sehinggalah peristiwa hitam berlaku. Dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao, kaki Maradona diterjah keras Andoni ‘Si Pemotong Daging’ Goikoetxea dan mematahkan buku lalinya, menyebabkan Maradona tersisih selama setahun. Sebaik pulih dari kecederaan, Maradona tidak dapat mengulangi kehebatannya di tengah padang dan akhirnya dijual ke Napoli. Perpindahan ini ternyata menjadi detik kebangkitan Maradona apabila dia membawa Napoli memenangi lima trofi.

Alan Smith

[caption id="attachment_1286" align="aligncenter" width="320"]alan-smith-7309 Alan Smith terkena rembatan padu Rne Riise[/caption]

Smith menyertai Manchester United dalam keadaan yang kontroversi dan dicemuh peminat Leeds United, dek permusuhan dua kelab tersebut. Dalam satu perlawana Piala FA menentang Liverpool, United dalam keadaan ketinggalan satu gold an pada minit ke 88, Liverpool mendapat satu sepakan percuma berdekatan kotak penalti. Sepakan tersebut diambil John Arne Riise yang melakukan satu rembatan deras. Dari benteng, Smith keluar menerjah bola dan menyebabkan bola kencang tersebut mengenai kaki kirinya. Akibatnya, Smith patah kaki dan terpaksa berehat enam bulan.


Share Tweet


Paparkan Komen