Lukaku Menjaringkan Gol Padu Hasil Larian Solo Dari Kawasan Sendiri

Share on facebook
Share on twitter

Romelu Lukaku telah menjaringkan satu gol pembukaan perlawanan yang padu dan cantik hasil larian solo yang jauh dari kawasan sendiri dengan penuh bergaya.

Pemain penyerang Belgium itu menjaringkan gol pertama Inter Milan ketika menentang Napoli di saingan Serie A.

Inter Milan menang 3-1 dalam perlawanan ini bagi meraih 3 mata berharga dan berada dipuncak liga dengan mata yang sama dengan Juventus.

Kesilapan dan kealpaan pemain Napoli ketika membuat hantaran berjaya dihidu Lukaku yang dengan sepantas kilat merampas bola.

Dari kawasan sendiri Lukaku secara solo membuat larian deras disulami dengan beberapa step over mengacah pemain Inter Milan.

Kemudian satu rembatan deras kaki kiri dilepaskan dengan bole sedikit lencong menghentam tiang sebelum masuk ke gawang.

Tidak cukup dengan satu gol, Lukaku menggandakan kedudukan dengan satu rembatan kencang yang memaksa Alex Meret membuat aksi kelakar.

Rembatan kencang yang sedikit lencong Lukaku gagal dibaca dengan baik oleh Alex Meret lalu bola masuk dicelahan kaki.

Arek Milik merapatkan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama namun itu hanya gol saguhati.

Lautaro Martinez menjaringkan gol ketiga memastikan tiga mata penting menjadi berada di tangan Inter.

Kemenangan Inter Milan ini telah menolak Juventus ke tangga kedua Serie A walaupun mempunyai jumlah mata yang sama.

Share on facebook
Share on twitter