Lukaku Menjaringkan Gol 21 Saat Selepas Sepak Mula

Share on facebook
Share on twitter

Romelu Lukaku telah menjaringkan gol buat Inter Milan selepas 21 saat selepas sepak mula untuk gol pembukaan, belum sempat kering air liur di wisel pengadil.

Inter Milan berjaya menewaskan Cagliari 4-1 dalam perlawanan Coppa Italia di pusingan 16 terbaik dengan menyaksikan Alexis Sanchez kembali beraksi.

https://www.youtube.com/watch?v=7ADHZEibBY8

Lukaku menjaringkan gol kedua pada minit ke-13 melalui satu sundulan sipi-sipi tetapi masuk ke gawang.

Namun sayang seribu kali sayang gol itu dibatalkan kerana offside selepas perkara ini dirujuk kepada video assistan referee(VAR)

Situasi ini mencetuskan kontroversi akan kredibiliti VAR yang sering menjadi bualan di Premier League.

Borja Valero menggandakan kedudukan 22 minit kemudian untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0.

Romelu Lukaku menjaringakan gol ketiga Inter Milan dengan satu sundulan tajam empat minit babak kedua bersambung.

Cristian Oliva menjaringkan gol saguhati Cagliari pada minit ke-72.

Andrea Ranocchia membunuh perlawanan dengan gol ke-4 pada minit ke-80 untuk membawa Inter Milan ke suku akhir.

https://www.youtube.com/watch?v=xGH9LevKr8U

Musim ini di Serie A sahaja Lukaku telah menjaringkan 14 gol dalam 19 perlawanan dan tahun 2020 sudah 3 gol dihasilkan dalam 3 perlawanan. Tajam.

Di Serie A, Lukaku kini berada di tempat kedua penjaring terbanyak di belakang penyerang Lazio, Ciro Immobile.

Inter (3-5-2): Handanovic; Godin, Ranocchia, Skriniar; Lazaro, Barella, Brozovic (Sensi 70), Borja Valero, Dimarco (Biraghi 78); Sanchez (Esposito 69), Lukaku

Cagliari (4-3-2-1): Olsen; Farago, Pisacane, Walukiewicz, Lykogiannis; Nandez (Birsa 80), Oliva, Ionita (Joao Pedro 80); Nainggolan, Castro (Rog 46); Cerri

Share on facebook
Share on twitter