The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Luahan Hati Peminat Harimau Malaya Di Bumi Columbia

Encik Bakri pada November 20, 2015

Luahan hati dan perasaan ni di tulis oleh pembaca The Sukan yang hanya mahu di kenali sebagai Abang John seorang pejuang hartanah yang sedang berkelana di Colombia. Lantaran kekalahan Harimau Malaya kepada 1-2 kepada UAE tempoh hari, hati beliau telah tecuit untuk berkongsi cadangan dan sedikit pembuka minda kepada kita yang berada di Malaysia mengenai suasana pminat bola sepak disana. Korang baca la sendiri !! Si, usted puedes hablar…claro

colombia 3
Nice

Assalamualaikum….salam sejahtera tuan…

Tujuan saya menulis pada tuan ini adalah kerana semata2 nak membuka mata para peminat sukan terutama sukan bola sepak tanah air kita. Suka cita saya telah mendapat berita mengenai mutu permainan pemain bola sepak kita masih pada tahap yang sama. Dengan kekalahan tipis pada perlawanan terakhir dengan pasukan negara UAE 1 – 2 tempoh hari masih menarik perhatian saya. Lantas saya ingin mengemukakan beberapa cadangan ataupun sedikit pembuka minda pada para peminat bola sepak kita.

colombia 8

Saya berada di colombia sekarang ini selama 4 bulan atas mengikuti kursus. Sukan bola sepak mereka pun tidak kurang hebatnya. Dengan pemain terkenal mereka JAMES RODRIGUEZ. Saya ada mengikuti semua perlawanan mereka dalam saingan merebut tempat ke piala dunia 2018 di rusia nanti. Saya juga merasai pengalaman lepak dan tonton perlawanan bola negara colombia ini. Memang perasaan itu sama. Namun apa yang membezakan dengan semangat kita. Dan saya tiba2 rasa bangga ketika bersama2 mereka. Banyak sebenarnya perbezaan tu. Ini beberapa perbezaan antara semangat kita dengan mereka.

colombia 2

Dari pagi subuh lagi sudah ternampak beberapa orang yang berjalan kaki ke tempat kerja. Mahupun yang naik kereta, berbasikal dan motor. Dari penjual kedai runcit ke pelayan restoran. Dari usia muda mahupun yang sudah tua. Tak kurang juga yang kurang upaya. Sungguhpun tak dapat ke stadium dan hanya lepak kat kedai saja. Semua mereka akan pakai jersi kebangsaan mereka. Sekali lagi saya ulang, mereka akan pakai jersi mereka. Walaupun tak ori, tapi tetap mereka pakai juga. Sukar saya nk nmpk mereka yang tidak memakainya ataupun yang lebih teruk lagi adalah pakai jersi negara lain. Tiada juga saya nampak mereka apabila kalah, mengutuk malah memaki, ataupun baling kerusi mahupun bakar sana sini. Untuk pengetahuan tuan, saya paham bahasa spanish. Dan sy paham apa mereka katakan. Mereka turut bergurau senda dengan saya. Dan sepanjang hari masih tetap pkai jersi yang sama. Waktu menang atau kalah.

colombia 10

Hingga 1 hari saya tertarik minat untuk mengambil gambar mereka secara sembunyi. Pasal sini bahaya kalu tunjuk hp di khalayak rmai, kene pau atau rampas atau ragut. Maaf klu xcantik atau bergegar.

colombia

Saya harap dengan beberapa gambar ini, tuan akan buat satu artikal yang dpt membuka mata rakyat malaysia. Agar lebih bersemangat dan bersama2 tidak kira kalah atau menang. Tetap menyokong sukan yang kita minat ini. Saya berharap dengan sedikit usaha saya ini, ditambah pula dengan saluran kuat dari tuan. Dapat membuka mata rakyat malaysia tentang sukan bola sepak ini. Moga lebih maju lg sukan ini. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.


Download aplikasi The Sukan di Google Play