The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Louis Van Gaal Di Pecat?

Encik Bakri pada May 23, 2016

LONDON: Louis van Gaal dipecat sebagai pengurus Manchester United, lapor beberapa media British hari ini di tengah spekulasi bahawa beliau akan digantikan oleh Jose Mourinho.

Van Gaal dan peguam utama, Paul Gilroy kelihatan memasuki gelanggang latihan United di Carrington pada hari ini.

Van Gaal dilihat tiba di Aon Training Complex
Van Gaal dilihat tiba di Aon Training Complex

Antara yang pernah mendapat khidmat Gilroy termasuk David Moyes, yang dipecat sebagai pengurus United sekali gus membuka laluan kepada pelantikan Van Gaal.

Peguam Paul Gilroydiliht tiba di Carrington dan dilaporkan bakal memuktamadkan pemecatan Van Gaal
Peguam Paul Gilroydiliht tiba di Carrington dan dilaporkan bakal memuktamadkan pemecatan Van Gaal

Staff kejurulatihan termasuk pembantu jurulatih Albert Stuivenberg dan jurulatih penjaga gol Frans Hoek dilaporkan juga dipecat.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada United, juara 20 kali Inggeris mengenai kedudukan Van Gaal, yang masih mempunyai baki satu musim berdasarkan kontrak tiga tahun.

Sementara itu, BBC melaporkan United akan membuat kenyataan mengenai van Gaal pada kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan hari ini. – AFP

Gambar : Sky Sports