The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

“Liverpool Tidak Perlu Ditabur Serbuk Ajaib” Jurgen Klopp

Encik Bakri pada October 19, 2015

Jurgen Klopp mengatakan skuad Liverpool tidak perlu ‘ditabur serbuk ajaib’ kerana mereka tahu cara bermain bolasepak.

Bekas pengurus Borussia Dortmund itu membuat penampilan pertamanya dalam Liga Perdana dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika masalah kecederaan melanda skuadnya beraksi di Tottenham Hotspur minggu lalu.

Pemain Liverpool turut mencatat jarak larian sejauh 116km dan melakukan 614 pecutan di bawah Klopp selaku pengendali baru Reds dan ia lebih jauh berbanding mana mana perlawanan liga dilalui sepanjang kempen musim ini.

“Saya tidak perlu menabur serbuk ajaib ke atas mereka. Mereka tahu cara bermain. Kami hanya perlu mencipta situasi sesuai melakukannya,” kata Klopp dipetik oleh media British.

Klopp berharap meraih kemenangan pertama apabila menanti kunjungan kelab Russia Rubin Kazan pada perlawanan Liga Europa awal pagi Khamis. – Reuters


Download aplikasi The Sukan di Google Play