The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Liverpool Bakal Ditaja Israel?

Encik Bakri pada November 12, 2016

Sejak rabu lepas desas-desus bertiup menyatakan bahawa pasukan terhebat Liga Perdana Inggeris ketika ini dan yang penuh dengan sejarah lampau Liverpool bakal ditaja Israel.

Liverpool dikatakan bercadang untuk mengikat perjanjian penajaan bersama Israel. Penajaan itu membabitkan paparan logo negara berkenaan pada papan tanda gergasi di Anfield dan di lengan jersi pemain.

Israel berminat untuk menaja Liverpool bagi meningkatkan industri pelancongan di Israel. Yariv Levin yang merupakan Menteri Pelancongan Israel dikatakan telah bertemu wakil Liverpool di Pameran World Travel Market (WTM) di London pada isnin untuk membincangka perjanjian tersebut.

Jika persetujuan dicapai pemain Liverpool bakal diterbangkan ke Israel bagi tujuan promosi untuk meningkatkan pontensi pelancongan di negara tersebut. Logo Israel juga bakal tertera di laman sosial dan juga di Anfield.

liverpool-bakal-ditaja-israel

Tetapi berita ini mungkin sekadar khabar angin dan sekadar setakat perbincangan serta cadangan. Berita Harian yang melaporkan berita ini juga telah memadam berita tersebut dari laman sesawang mereka.

Sementara itu laman sesawang Liverpool Echo telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita yang mengaitkan Liverpool dengan penajaan dari Israel ini adalah TIDAK BENAR.

liverpool-bakal-ditaja-israel-tidak-benar

Menurut Liverpool Echo lagi Pengarah Perniagaan Antarabangsa Liverpool Jonathan Kane dilihat telah bergambar bersama Menteri Pelancongan Israel  dan dari situlah bermulanya berita ini.

Mengikut carian yang dilakukan oleh The Sukan berita yang tersebar itu kebanyakkannya diterbitkan oleh akhbar berbentuk Tabloid. Jika benar ada perbincangan sekalipun ianya hanya sekadar berbincang yang belum membawa apa-apa erti.

Mengapa kita harus bersengketa? Kerana fitnah dan salah sangka. Apa yang telah terjadi pada kenangan. Sememangnya aku tak pernah melupakan.


Download aplikasi The Sukan di Google Play