Liridon Krasniqi Sah Jadi Warganegara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter

Pemain import sensasi di liga Malaysia yang mencipta nama dan reputsai bersama Kedah, Liridon Krasniqi kini telah sah menjadi warganegara Malaysia seperti mana yang telah diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Seperti sedia maklum program naturilasasi pemain ini dicetuskan oleh Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak menjadi Presiden FAM.

“Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, hari ini secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.”

“Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.”

“Ia seterusnya mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat – jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.”

Pengumuman Liridon Krasniqi menjadi warganegara Malaysia dibuat oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam melalui laman rasmi muka buku FAM.

“Untuk itu, FAM dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.”

“Dengan memperoleh MyKad dan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 kini selangkah sahaja lagi untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).”

“FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.”

Liridon kini layak menyarung jersi Harimau Malaya dan hanya menunggu pelepasan akhir daripada FIFA.

Liridon Krasniqi Sah Warganegara MalaysiaProgram pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, 2 February 2020

Share on facebook
Share on twitter