Lionel Messi Dijatuhkan Hukuman Penjara 21 Bulan

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Mahkamah Agung Sepanyol telah menjatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan ke atas pemain paling sensasi di muka bumi ini, Lionel Messi manakala bapa kepada Messi, Jorge pula dijatuhkan hukuman selama 15 bulan.

Berita ini yang menjadi bualan hangat di Sepanyol nyata meresahkan penyokong Barcelona dan peminat Messi dari seluruh pelusuk planet termasuk planet Nameck. Sudahlah melalui musim yang memeritkan ditambah pula hukuman penjara.

Malunya! Photo : Getty Image

Messi menerima hukuman ini selepas menghadapi 3 pertuduhan jenayah kerana melanggar undang-undang Perbendaharaan Awam (Public Treasury) dengan mengelak membayar cukai. Sebelum perbicaraan, Messi telah mengembalikan wang yang dilarikan.

Messi juga telah mengaku bahawa beliau dan bapanya mengelak dari membayar cukai hasil daripada pendapatan yang diperoleh dari hak imejnya yang bernila £8.7 juta.

Melalui 3 pertuduhan yang dikenakan Messi dan bapanya dijatuhkan hukuman 7 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan di denda sebanyak RM 2 557 733.81 (€532 313.31) bagi penyelewengan cukai sebanyak £3.5 juta yang dilakukan pada tahun 2007,2008 dan 2009.

Selesa tidur atas rumput ke dalam penjara? Photo : 101greatgoals

Hukuman kepada Jorge Messi telah dikurangkan kepada 15 bulan sahaja.

Dalam perbicaraan Messi telah mempertahankan dirinya dengan menyatakan beliau tidak faham dan tidak mampu memikirkan urusan perniagaan yang kompleks untuk mengelak dari membayar cukai yang membabitkan hak imejnya.

Messi dan bapanya dijangka tidak akan menjalani hukuman penjara kerana di bawah undang-undang Sepanyol mana-mana hukuman selama dua tahun atau kurang boleh menggantung hukuman tersebut dengan melalui tempoh percubaan dengan syarat dalam tempoh pengantungan itu mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Di Penjara Janji

Neymar Bakal Dihukum Penjara 2 Tahun

Selain Messi, Neymar juga menghitung hari menunggu hukuman dari mahkamah atas pertuduhan yang lebih kurang sama.

Pendakwaraya Sepanyol cuba untuk menghantar Neymar ke penjara selama 2 tahun kerana terlibat dalam perkara yang boleh menjatuhkan negara, iaitu rasuah semasa perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona pada tahun 2013.

Selain penjara, Neymar juga bakal dikenakan denda jutaan ringgit diats tuduhan itu. Pendakwaraya juga meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara selama 2 tahun kepada Neymar Sr.(bapa Neymar) dan setahun kepada Nadine da Silva(Ibu Neymar).

Barcelona telah dilanda masalah perundangan kerana perpindahan Neymar pada 2013. Rosell meletak jawatan pada 2014 kerana memainkan peranan dalam skandal ini dan telah memberi keterangan di mahkamah pada bulan Febuari 2016 bersama Bartomeu, Neymar serta bapanya.

Pada bulan Jun lalu, Barcelona telah mencapai persetujuan dengan pendakwaraya untuk menyelesaikan satu kes berasingan dan telah membayar denda sebanyak RM26.04 juta(£4.7m) untuk mengelakkan perbicaraan atas tuduhan mengelak cukai dalam perpindahan.

Barca menyangka pertuduhan kes ini telah ditutup apabila hakim Jose de la Mata telah mengarkibkan kes ini pada bulan Jun. Walaubagaimanapun pada bulan September Pendakwaraya Awam Sepanyol telah berjaya menukar keputusan itu membolehkan kes ini di teruskan.

Kes ini bermula apabila aduan telah dibuat oleh Brazilian investment group DIS, yang memiliki 40 peratus daripada hak perpindahan Neymar dan mendakwa telah menerima bayaran yang kurang daripada yang sepatutnya susulan perpindahan tersebut.

Sumber : 101greatgoalstheguardian