Lingard Dimarahi Teruk Ole Selepas Kehilangan Bola

Share on facebook
Share on twitter

Manchester United berjaya menewaskan Manchester City di dalam aksi yang berlangsung di kandang lawan. Sekaligus berjaya memerahkan kembali Bandar Manchester.

Ini merupakan kali kedua, kebijaksanaan Ole Gunnar Solskjaer mengatur strategi membuatkan Pep Guardiola tertunduk.

Gol tunggal perlawanan hadir pada separuh masa pertama, menerusi pemain sensasi Manchester United, Nemanja Matic.

Selepas menjaringkan gol penuh bermakna di hadapan penyokong musuh sebandar, Nemanja Matic dibuang pada pada separuh masa kedua, ketika perlawanan berbaki 14 minit.

Namun beraksi 10 orang bukan alasan untuk United tidak beraksi baik. Mereka masih mampu menang dalam perlawanan ini.

Manchester United berjaya menang 1-0 di Etihad menewaskan Manchester City.

Namun kemenangan di separuh akhir kedua ini tidak cukup untuk membawa Setan Merah ke final apabila mereka tewas 3-2 secara agregat.

Dalam perlawanan ini ketika Setan Merah berhempas pulas untuk mencari gol tambahan bagi menyamakan agregat Jesse Lingard bermain sambil lewa.

Pada penghujung permainan sikap tidak serius Lingard menyebabkan United kehilangan bola dan memberi City peluang.

Dengan reaksi dan tidak puas hati, geram dan marah, Ole telah menjerit di tepi padang memarahi Jesse Lingard.

Aksi penuh emosi Ole itu telah dirakaman oleh kamera dan apa yang dituturkannya jelas dapat dibaca.

“Jesse Lingard!!! Sekali lagi kau hilang bola, kau akan keluar.”

“One more time and you’re f**king off!”

Share on facebook
Share on twitter