Lincoln City FC Pasukan Bukan Liga Pertama Ke Suku Akhir Selepas 103 Tahun

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 7 bulan yang lalu

Lincoln City mencipta sejarah apabila muncul pasukan bukan liga pertama dalam masa 103 tahun layak ke pusingan suku akhir Piala FA Inggeris sejak 1914 setelah menewaskan pasukan Liga Perdana, Burnley di gelanggang lawan Turf Moor 1-0 pada pusingan kelima malam tadi.

Pada 1914, QPR of the Southern League dibawah kendalian James Howie merupakan pasukan terakhir bukan liga yang berjaya mara ke suku akhir sebelum tumpas kepada pasukan bakal juara dan penuh bersejarah, Liverpool.

QPR of the Southern League Pasukan Terakhir Bukan Liga Yang Layak Ke Suku Akhir

Gol pada minit ke-89 oleh Sean Raggett memastikan tempat Liconln di pusingan suku akhir Piala FA buat pertama kali dalam tempoh 133 tahun sejarah kelab.

Kejutan Demi Kejutan Dalam Piala FA

Sepanjang kempen Piala FA berlangsung, pasukan Lincoln City telah berjaya menewaskan 4 pasukan yang bersaing dalam liga lebih tinggi daripada mereka iaitu pasukan Liga 1, Oldham Athletic, dua pasukan dari Liga Kejuaraan iaitu Ipswich Town dan Brighton & Hove serta pasukan Liga Perdana, Burnley.

Sean Raggett Menjaringkan Gol Kemenangan Penuh Bersejarah

Dalam perlawanan semalam, penyokong-penyokong Lincoln terpaksa melalui saat-saat mendebarkan apabila tandukan Sean Ragget terpaksa ditentukan melalui teknologi garisan gol sebelum disahkan oleh pengadil perlawanan.

Sejarah Lincoln City FC

Lincoln City FC ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang ditubuhkan pada tahun 1884 berpusat di Lincoln, Lincolnshire dan mengunakan gelaran "The Imps". Mereka kini bermain dalam Liga Nasional, liga kelima dalam bola sepak Inggeris.

Pengurus Lincoln City, Danny Cowley

Jika Lincoln ditakdirkan bertemu Arsenal pada suku akhir, pertembungan ini merupakan perlawanan pertama Lincoln City bertemu Arsenal sejak 1915. Dalam pertemuan terakhir itu Lincoln berjaya menewaskan Arsenal 1-0.

Untuk rekod Licoln City tidak pernah tewas bertemu Arsenal dalam 3 pertemuan sebelum tahun 1915. Itu semua sejarah.

Kisah Dongeng Dan Legenda Imps

Menurut cerita legenda, Imps ialah sejenis makhluk hodoh yang dihantar oleh syaitan untuk menganggu manusia di atas muka bumi. Pada suatu hari, dua ekor Imps telah membuat kacau di sebuah gereja di Lincoln namun telah disumpah menjadi batu oleh seekor pari-pari baik.

Imp Yang Dihantar Oleh Syaitan Bukan Syaitan Merah

Sejak dari peristiwa itu, Imps telah menjadi simbol kepada bandar Lincoln.

Pengurus Lincoln City Tidak Percaya dengan sejarah yang dicipta oleh beliau dan anak buahnya.

"Ia umpama magik", kata pengurus pasukan Lincoln City, Danny Cowley.

Imp Yang Disumpah Menjadi Batu Oleh Pari-Pari

"Sejarah yang pasti akan dikenang sepanjang zaman oleh kelab bola sepak Lincoln City FC", kata Pengerusi Kelab Penyokong Lincoln FC Malaysia, Encik Ali.




Paparkan Komen