Lima Keputusan Perlawanan Yang Tak Dijangka Sepanjang Musim di EPL

Eikrem 2 bulan yang lalu

Seperti yang kita ketahui, Liga Perdana Inggeris telah melabuhkan tirainya dengan Chelsea dinobatkan sebagai juara liga buat kali kelima dalam sejarah kelab itu, Tottenham Hotspur pula menamatkan liga di atas seteru utama, Arsenal, buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun dan Manchester United di tangga keenam.

Sepanjang musim, ada banyak cerita telah dinukilkan oleh setiap pasukan, dan antaranya ialah melakukan kejutan ke atas lawan masing-masing. Berikut adalah lima keputusan perlawanan yang tak terjangka yang telah berlaku sepanjang musim.

Arsenal 3-0 Chelsea, 24 September 2016

Ketika Antonio Conte diumumkan bakal mengisi jawatan pengurus Chelsea, ramai pembenci Chelsea gusar kerana rekod Conte di Itali boleh dikatakan sangat cemerlang, dan dia dijangka akan memenangi liga dengan mudah pada awalnya.

Sebagai permulaan, Chelsea berjaya mengumpul 10 mata daripada 5 perlawanan pertama sebelum bertemu Arsenal. Sebelum perlawanan tersebut, Chelsea telah tewas kepada Liverpool dan pasukan ini dijangka bakal membalas dendam dengan membaham pasukan yang tidak berapa hebat ini di Emirates.

Namun pada hari perlawanan, perkara sebaliknya berlaku.

Gawang The Blues bocor dua kali dalam tempoh 15 minit dan para pemain kelihatan seperti pemain Liga FAM. Menuju penghujung separuh masa pertama, Mestu Ozil dengan selamba menjaringkan gol ketiga Gunners sekaligus menambah tekanan kepada anak buah Conte. Selepas 90 minit perlawanan, Chelsea gagal bangkit dan terkedu dengan kehebatan awal musim pasukan Arsenal.

Menariknya, selepas perlawanan ini Conte mula menukar formasi pasukannya kepada 3-4-3, seperti mana yang kita tahu berjaya membawa piala ke Stamford Bridge.

Kalau lah Chelsea tak kalah dalam perlawanan ini, mungkin Conte akan masih menggunakan empat pemain pertahanan, dan kesimpulannya, kejuaraan Chelsea musim ini adalah berpunca daripada Arsenal.

Kalau Conte tak tukar formasi, pasti Liverpool bakal menjadi juara. Tapi tak apa, benda dah jadi. Kita tengok musim depan Liverpool julang piala Liga Perdana Inggeris.

Chelsea 4-0 Manchester United, 23 Oktober 2016

Menjelang pertemuan ini, Chelsea telahpun menemui rentak permainan sebenar dan ketika itu mereka ketinggalan hanya satu mata di belakang Manchester City. Perlawanan ini boleh dikatakan sebagai batu pengukur bagi Chelsea memandangkan mereka bertemu bekas pengurus mereka, Jose Mourinho.

The Blues menjaringkan gol sebaik selepas sepak mula dan mereka terus mendominasi perlawanan. Biasanya pasukan yang dikendalikan Mourinho dikenali dengan benteng pertahanan yang kebal, namun segalanya nampak tidak menjadi buat Syaitan Merah dalam perlawanan ini.

Selepas 90 minit, Chelsea menewaskan United 4-0 dengan N’Golo Kante menjaringkan gol terakhir hasil larian dari tengah persis Cristiano Ronaldo.

Kejutan perlawanan ini?

Chelsea menang 4-0 sahaja. Sepatutnya 7 atau 8 gol dijaringkan Chelsea.

Everton 4-0 Manchester City, 15 Januari 2017

Sebelum bermula musim 2016-2017, pasukan yang dikendalikan Pep Guardiola memang cukup digeruni. Sistem permainan tiki taka yang fluid sememangnya digeruni baik kawan mahupun lawan.

Tapi itu di Sepanyol dan Jerman lah.

Bertemu Everton, City longlai bagaikan Pulau Pinang di awal musim ini. Everton menjaringkan gol awal dan tidak menoleh ke belakang lagi. Pemain belia Everton, Tom Davies berjaya menjaringkan gol cantik melalui satu chip melepasi Claudio No Bravo.

Lebih malang lagi, seorang lagi pemain muda, Ademola Lookman menolak mudah masuk bola melalui celah kangkang Bravo pada minit-minit akhir perlawanan, sekaligus memberikan tamparan kepada John Stones – pertahanan City yang dibeli dari Everton.

Benarlah kata orang tua-tua, Guardiola berjaya di Barcelona kerana Messi, dan berjaya di Bayern kerana tiada pasukan lain di Bundesliga.

Hull City 2-0 Liverpool, 4 Februari 2017

Liverpool memang dikenali sebagai pasukan yang garang ketika bertemu pasukan kuat, dan sampah ketika bertemu pasukan lemah. Namun kekalahan menentang Hull ini sebenarnya di luar jangkaan memandangkan Hull ketika itu terperosok di tangga ke-19 liga.

Segalanya tampak mudah bagi Hull  dan persembahan Liverpool pada perlawanan tersebut membuatkan Hull kelihatan seperti Real Madrid.

Oumar Niasse – pemain pinjaman dari Everton, telah memerah limau nipis di luka Liverpool dengan jaringannya. Tapi itu lah, Liverpool ni kau nak harap apa sangat kan?

Crystal Palace 3-0 Arsenal, 10 April 2017

Arsenal boleh dikatakan mengharungi musim yang pelik. Walaupun mereka bagaikan badut di atas padang, mereka masih lagi berjuang untuk mendapatkan tempat keempat.

Pertemuan menentang Crystal Palace, selepas kemenangan selesa ke atas West Ham, sepatutnya dimenangi Arsenal dengan mudah. Tambahan pula Palace baru sahaja ditewaskan Southampton dalam perlawanan sebelumnya.

Tapi Arsenal tetap Arsenal dan bukan Kedah.

Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, mereka ketinggalan 3-0. Kemenangan ini telah memberikan kekuatan mental kepada Palace untuk bangkit dan mengelakkan daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Cuma satu persoalan yang masih belum terjawab, Wenger in ke Wenger out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In? Out? In?

Rujukan artikel : Sportskeeda