The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Lihat Rakaman – Aksi Pergaduhan Paulo Wanchope Lagenda Bola Sepak Costa Rica

Encik Bakri pada August 13, 2015

Pengendali pasukan senior Costa Rica termasuk skuad Olimpik Paulo Wanchope hari ini meletak jawatan setelah didapati terlibat dengan pergaduhan di stadium ketika aksi kelayakan Olimpik Rio 2016 berdepan Panama.

Bekas penyerang Manchester City itu dilihat telah membalas tumbukan dengan pegawai di stadium setelah tidak membenarkan Wanchope turun ke padang.

paulo-wanchope-cropped_14okniazdj29114jlsd47r6gfw

Video dilaman Youtube menunjukan ketika dia sedang membuka pagar untuk turun ke padang, seorang pegawai telah menolak Wanchope tanpa sebab yang jelas sekaligus mencetuskan pergaduhan.

Pegawai tersebut yang kelihatan jauh lebih rendah terus melayangkan “flying kick” kearah Wanchope.

Paulo Wanchope bergaduhBekas Pemain Costa Rica Paulo Wanchope bergaduh

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 12 August 2015

Persatuan Bolasepak Costa Rica ketika ini enggan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan selesai.

Paulo Wanchope mula mencipta nama selepas menyertai Derby County pada usia 20 tahun dimana dia meledak 23 gol dalam 72 penampilan sebelum berpindah ke West Ham dengan nilai GBP 3.5j (RM 21j).

Wanchope merekod 12 jaringan selepas 35 penampilan sebelum berhijrah ke Manchester City dimana dia meledak 27 gol dalam 64 perlawanan.


Download aplikasi The Sukan di Google Play