Lihat Bagaimana Reaksi Mourinho Dengan Keputusan VAR

Share on facebook
Share on twitter

Jose Mourinho sememangnya terkenal dengan sikap yang luarbiasa dan pelik-pelik samada di tepi padang atau ketika di sidang media ketika menjawab persoalan yang diajukan.

Kadang kala angkuh, mesra dan kelakar membuatkan Mourinho seorang yang sukar dijangka dan sentiasa mendapat perhatian media.

Kalau tak pelik takkan la nak gelar diri sendiri sebagai ‘The Special One’.

Pertembungan Manchester City dan Tottenham Hotspur menyaksikan pasukan kota London itu berjaya menewaskan The Citizen dengan gua gol tanpa balas.

Drama dengan keputusan pengadil dan Video Assistant Referee(VAR) yang sangat meragukan telah membayangi perlawanan ini.
Pada minit ke-12, Raheem Sterling sepatutnya dilayangkan kad merah kerana memijak kaki Dele Alli.

Namun Sterling terselemat apabila VAR menyifatkan terjahan dilakukan Sterling itu tidak serius. Mungkin VAR terpesona dengan tonggekan Sterling?

Situasi ini telah membuatkan Mourinho kepanasan dan tidak puas hati.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Serge Aurier telah menerjah Sergio Aguero, permainan bersambung dua minit sebelum VAR menyatakan itu penalti.

Mourinho hanya duduk dan ketawa melihat keputusan VAR yang sememangnya agak kelakar dan tak masuk akal.

Mungkin juga Mourinho yakin bahawa Hugo Lloris mampu menyelamatkan sepakan penalti dengan rekod cemerlang Lloris selama ini.

Jose Mourinho telah meraikan kejayaan Hugo Lloris menyelamatkan sepakan penalti Ilkay Gundogan dengan penuh girang.

Teringatkan Sterling yang sudah memiliki satu kad kuning dan melakukan satu lakonan selepas sepakan penalti, kegembiraan Mourinho berganda.

Mourinho meraikan kegembiraan itu bersama pembantunya dan sempat meminum air dan pembantunya mahukan Sterling dilayangkan kad kuning kedua.

Tetapi pengadil tidak memberi sebarang kad kepada Sterling menyebabkan Mourinho bengang dan berlari kepada pengadil ke-4.

Selepas itu Mourinho terus membebel tanpa henti mungkin disertai dengan maki hamun tanpa batas.

Dengan kemenangan ini, Jose Mourinho telah menewaskan Pep Guardiola sebanyak 6 kali dengan empat kelab iaitu Inter Milan, Reald Madrid, Manchester United dan Spurs di tiga liga yang berbeza.

Dalam 23 pertemuan dengan Mourinho, Pep Guardiola memenangi tujuh perlawanan, tewas enam dan seri tujuh kali.

Jurgen Klopp menjadi pengurus paling banyak menewaskan Pep Guardiola dengan sembilan kemenangan.

Dengan baki 13 perlawanan lagi, Liverpool hanya memerlukan enam kemenangan lagi untuk bergelar juara selepas Manchester City tewas lagi.

Oleksandr Zinchenko dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada separuh masa kedua.

Jaringan daripada Steven Bergwijn dan Son Heung-min sudah cukup untuk Spurs mengutip 3 mata dan naik ke tangga ke-5.

Share on facebook
Share on twitter