Liga Perdana Scotland - Format Yang Bagus atau Tidak?

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

England terkenal dengan liga bola sepaknya, Liga Perdana Inggeris atau selalu disebut EPL, Sepanyol pula mempunyai La Liga, Itali dengan Serie A, Perancis Ligue 1, Malaysia Liga Super dan Scotland pula mereka mempunyai Liga Perdana Scotland, atau dalam bahasa Inggerisnya Scottish Premier League (SPL).

Walaupun tak semegah EPL, SPL telah bermula sejak tahun 1890 dan dimainkan secara amatur. Liga ini mendapat nama Liga Perdana Scotland pada tahun 1997, dan disertai oleh 10 pasukan. Setiap pasukan akan bertemu awan masing-masing sebanyak empat kali, menjadikan jumlah keseluruhan perlawanan bagi setiap musim sebanyak 36 perlawanan.

Juara SPL musim 2016-17 : Celtic

Pada musim 2000-01, jumlah pasukan dinaikkan kepada 12, dan format empat perlawanan menentang lawan yang sama masih lagi dikekalkan.

Walaubagaimanapun, pada musim 2013-14, format split diperkenalkan. Dengan format ini, setiap pasukan akan bermain sebanyak 38 perlawanan setiap musim. Dalam format ini, pertandingan dimainkan dalam dua fasa - pertama dan kedua.

Fasa Pertama

Setiap pasukan akan menentang lawan yang sama sebanyak tiga kali, sama ada dua kali di tempat sendiri, sekali di tempat lawan atau sebaliknya. Memandangkan Scotland hanya sebesar negeri Sabah, maka tidak sukar bagi setiap pasukan untuk pergi ke setiap stadium lawan.

Abedeen muncul pasukan terakhir SPL yang bukan Celtic atau Rangers menjuarai liga

Jika jumlah tersebut diambil kira, maka jumlah keseluruhan perlawanan setiap pasukan hanyalah 33 perlawanan, jadi mana datangnya baki lagi lima perlawanan?

Fasa Kedua

Sebelum setiap musim bermula, kedudukan kesemua pasukan akan diramalkan, sama ada akan menamatkan liga di enam teratas atau enam terbawah - top six, bottom six. Ramalan ini akan dibuat berdasarkan prestasi setiap kelab di liga pada musim-musim sebelumnya.

Jadi, jadual perlawanan ini akan dibuat mengikut ramalan ini. Contohnya Celtic diramal berada dalam top six, tetapi mereka gagal untuk melakukannya selepas 33 perlawanan. Maka secara automatik Celtic akan diletakkan di segmen bottom six, dan jadual perlawanannya pula akan turut berubah, menentang pasukan bottom six.

Setiap pasukan dalam setiap segmen akan bermain menentang lawan mereka sekali sahaja, diselang selikan sama ada di tempat sendiri atau lawan. Apabila tamat pasa kedua, maka kesemua pasukan telah bermain sebanyak 38 perlawanan untuk satu-satu musim.

Kritikan

Dalam setiap perkara pasti ada percanggahan pendapat, begitu juga dengan format ini. Bagi yang menyokong, mereka beranggapan bahawa format ini dapat meningkatkan persaingan setiap pasukan untuk mendapatkan takhta naib juara.

Bagi yang menentang, format ini kelihatan agak kelakar. Jika pasukan gagal untuk berada dalam segmen yang diramalkan, maka jumlah permainan di tempat sendiri atau lawan berkemungkinan besar akan berubah. Pasukan di SPL amat bergantung kepada hasil jualan tiket, dan jika mereka kurang bermain di tempat sendiri, maka kantung kelab juga akan menyusut.

Walter Smith

Untuk meningkatkan persaingan kelab-kelab Scotland, ada pihak yang mahukan format ini diubah. Walter Smith - jurulatih Rangers mahu SPL dimainkan oleh 18 pasukan supaya lebih banyak kelab yang bersaing, SPL akan menjadi lebih kompetitif. Akan tetapi, seperti di Malaysia, cadangan-cadangan yang diberikan selalu dipandang sepi.




Paparkan Komen