Liga Perdana Inggeris Senang - Gabriel Jesus

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Pemain baru Manchester City, Gabriel Jesus baru-baru ini dikatakan terkejut dengan kemampuan dirinya untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris atau dengan kata lain, Liga Perdana Inggeris sepatutnya lebih susah!

Setakat ini, Jesus telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan, satu ketika menentang West Ham dan dua ketika menang tipis 2-1 ke atas Swansea.

Jesus cukup tajam setakat ini.

Jesus sebelum ini pernah mendakwa bahawa dia lebih dikenali di Brazil, berbanding duo star Liverpool, Firmino dan Coutinho, hanya beberapa hari selepas tiba di Manchester menerusi perpindahan yang bernilai £27juta dari Palmeiras.

“Penerimaan daripada kelab sangatlah hebat, rakan sepasukan juga banyak membantu dan proses menyesuaikan diri sedang berjalan lancar.

“Seriusly, mula-mula I ingat susah nak sesuaikan diri, tapi thanks to family I, kawan-kawan I dan juga team-mate I. Choi!” ujar Jesus panjang lebar dengan penuh kelembutan.

Ini bukan Jesus. Ini J Alexander. Choi!

Jesus membentuk trio serangan muda buat The Citizens hasil gandingan bersama Leroy Sane dan Raheem Sterling, dan sekirannya Jesus dapat mengekalkan momentuk cemerlangnya, kemungkinan besar Sergio Aguero tidak akan diperlukan lagi di Ettihad.

Jurgen Klopp dah boleh top-up telefon siap-siap buat standby nak telefon Aguero. Ye lah, nampak susah je nak jaringkan gol.


Share Tweet


Paparkan Komen