Leong Jun Hao Juara Kejuaraan Badminton Remaja Lelaki Asia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Pemain perseorangan remaja Malaysia, Leong Jun Hao muncul juara dengan menewaskan pemain dari China, Yupeng Bai 21-6, 20-22, 21-17 dalam tempoh 75 minit sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan Malaysia selama 4 tahun.

Foto : Utusan

Leong Jun Hao merupakan pemain badminton ketiga dari Malaysia merangkul gelaran juara di Kejuaraan Badminton Remaja Lelaki Asia selepas Zulfadli Zulkiffli melakukannya pada tahun 2011 dan Soo Teck Zhi pada tahun 2013.

"Set pertama agak senang tetapi pada set kedua saya sudah mendahului dan akibat terlalu mahu cepat menamatkan permainan, saya banyak melakukan kesilapan mudah dan terpaksa melepaskan perlawanan itu.

Foto : Utusan

"Pada set ketiga saya bangkit dengan strategi permainan yang lebih berani dan berjaya menang kejohanan ini," katanya kepada Utusan.

Dalam aksi berpasukan minggu lalu, pasukan Malaysia sekadar meraih pingat gangsa selepas perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menarik diri ketika perlawanan menentang Gregoria Mariska ekoran kecederaan buku lali.

Kejayaan Leong Jun Hao menerima ucapan tahniah dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kita cintai, Dato Seri Najib melalui akaun Twitter rasmi beliau.

TAHNIAH!


Share Tweet


Paparkan Komen