The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Latihan Khas Pulih Bisa. Itu Dia!

Rusdy Ahmad pada November 6, 2016

Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee percaya gandingan lama penyerang berpengalaman Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sudah bersedia untuk menggempur pasukan lawan dalam saingan Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula 20 November ini.

Selepas dua minggu menjalani latihan pusat, Kim Swee mengakui prestasi dua pemain yang digeruni ketika Malaysia muncul juara pada 2010 kini semakin baik.

Mereka (Safee dan Norshahrul) bertambah baik seperti saya katakan, daripada awal minggu lalu kita sudah berlatih dan mereka menunjukkan prestasi yang baik daripada kecergasan. Bagi saya, mereka mampu beraksi pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Safee, 32, dari kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan selepas hampir setahun diketepikan manakala pasangan ‘kembarnya’ Norshahrul, 30, (Terengganu) juga jarang beraksi di pentas antarabangsa.

Datuk Ong Kim Swee merasakan ada sinar harapan yang padu dari kedua-dua pemain ini. Tetapi perlulah diiringi nyanyian Kecik Hyper-Act serta dendangan lagu harapan-harapan menjadi padu.

Sumber : Harian Metro


Download aplikasi The Sukan di Google Play