Laman Sesawang Pornografi Menjadi Penaja Pasukan Bola Sepak Amatur

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Sebuah pasukan bola sepak amatur, Washington Square FC yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mendapat tajaan baru dari laman sesawang lucah yang digelar TiubMerah yang telah disekat aksesnya oleh kerajaan Malaysia.

Idea untuk mendapatkan tajaan daripada laman sesawang tersebut tercetus ketika beberapa orang pemain sedang mengeteh di sebuah kedai mamak di Amerika. Ketua pasukan Washington Square FC, Jon Klippert telah mendedahkan cerita disebalik tajaan ini.

"Aku dan beberapa orang lagi pemain keluar mengeteh pada satu malam dan kami bergurau untuk mendapatkan tajaan dari Syarikat Filem Lucah.

Gambar : American Pyramid Blog

"Kami fikir ini satu gurauan yang kelakar nokharom tapi Jaime Skelton (bekas pemain) handal dan berbakat dalam menulis.

Gambar : American Pyramid Blog

"Jamie pun mula menulis surat dan aku edit sikit-sikit lepas tu screen shot kemudian hantar ke Twitter TiubMerah.

Cenderahati kelab yang dijual. Gambar : The Sun

"Di Twitter Emma yang menjaga akaun media sosial memberi respon dan orang mula memberi 'like' dari 50 dan terus bertambah.

Cenderahati kelab yang dijual. Gambar : The Sun

"Emma DM kami dan bebincang mengenai perincian yang perlu dalam perjanjian. Ini sangat pelik dan boleh menyebabkan kontroversi tapi kami telah melakukan sesuatu yang unik untuk kelab."

Bukan Pasukan Pertama Ditaja Laman Sesawang Lucah

Gambar : au.complex.com

Washing Square FC bukanlah pasukan pertama yang ditaja oleh laman sesawang lucah, sebelum ini syarikat Hub Lucah telah menaja pasukan Rutherford Raiders dari Kent Universiti di England.

Pihak universiti tidak membenarkan penjaan itu berlaku kerana dianggap tidak senonoh dan jika diteruskan pasukan akan diharamkan dari bermain walaupun ada yang menentang keputusan universiti dan mempersoalkan kenapa penajaan dari syarikat arak dibenarkan?

Sumber :The Sun




Paparkan Komen