The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

La Liga : 7 Statistik Gila Luis Suarez Bersama Barcelona

Eikrem pada August 22, 2016

Luis Suarez mungkin menjadi pemain yang paling dibenci suatu ketika dahulu kerana dia seolah-olah tersalah pilih sukan. Orang main bola, dia main gigit-gigit.

Namun, sejak menyertai Barcelona, Luis Suarez bagaikan sudah insaf dan mula fokus untuk bermain bola, berbanding main gigit-gigit manja. Musim lepas, Suarez memecahkan rekod Ronaldo (yang gemuk) menjaringkan gol terbanyak dalam satu musim – rekod yang bertahan dari musim 1996-97.

Dalam perlawanan pertama La Liga, Barcelona membelasah Real Betis, 6-2, dan  Suarez telah menjaringkan hat-rik!

Ternyata Suarez sedang berada di tahap terbaiknya sekarang ini dan berikut adalah tujuh statistik gila power dari Suarez.

Suarez telah menjaringkan EMPAT hatrik dari ENAM perlawanan liga terakhirnya.

Football-Soccer-Barcelona-v-Real-Betis-Spanish-La-Liga-Santander-Camp-Nou-stadium (2)
Gambar : Mirror Football

Dalam enam perlawanan tersebut, Suarez telah menjaringkan 17 gol! Hanya kurang satu dari jumlah gol keseluruhan Pahang musim ini.

Barcelonas-Uruguayan-forward-Luis-Suare
Gambar : Mirror Football

Maksudnya apa? Maksudnya purata jaringan Suarez ialah 2.83 untuk setiap perlawanan!
Football-Soccer-Barcelona-v-Real-Betis-Spanish-La-Liga-Santander-Camp-Nou-stadium (2)
Gambar : Mirror Football

Kalau dia berupaya mengekalkan rentak jaringan ini sepanjang musim, dia akan menjaringkan 107 gol musim ini! – menyamai jumlah gol keseluruhan pasukan PDRM, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan Pahang! Gila!
Football-Soccer-Barcelona-v-Real-Betis-Spanish-La-Liga-Santander-Camp-Nou-stadium (1)
Gambar : Mirror Football

Dalam 63 perlawanan liga untuk Barca, Suarez telah terlibat dengan 89 gol – 59 gol, 30 assist.
FC-Barcelona-v-Real-Betis-Balompie-La-Liga
Gambar : Mirror Football

Sekarang dia telah menyumbang 10 hatrik untuk Barcelona – sekali dalam 10 perlawanan.
FC-Barcelona-v-Real-Betis-Balompie-La-Liga (3)
Gambar : Mirror Football

Dalam jumlah 98 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Barca, Suarez telah menjaringkan 88 gol! Melebihi jumlah gol JDT dan Felda musim ini!
Football-Soccer-Barcelona-v-Real-Betis-Spanish-La-Liga-Santander-Camp-Nou-stadium
Gambar : Mirror Football

Di sebalik statistik gila ini, Suarez tidak termasuk dalam tiga pemain terbaik eropah. Jurulatih di seluruh eropah ni buta atau buat-buat buta?

4facfb8fd7f31

Sumber statistik lihat sini