The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

KUWAIT SC MINTA AKSI FINAL PIALA AFC DITUNDA

Encik Bakri pada October 21, 2015

Belum tiba masa buat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) raikan kemaraan mereka dalam aksi final Piala AFC selepas Kuwait SC hantar rayuan penundaan aksi final membabitkan JDT dan Istiklol kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Apa yang pasti JDT perlu menunggu sebelum keputusan penuh dari rayuan Kuwait SC yang akan diumumkan FIFA dalam waktu terdekat.

Segalanya berpunca dari Kuwait SC sendiri yang mahu aksi final membabitkan JDT dan kelab dari Tarjikistan Istiklol FC di tunda atas beberapa hujah.

Kuwait FC melihat mereka lebih layak untuk beraksi di pentas final dan melebelkan mereka hanya mangsa keadaan ekoran perlembagaan baru yang diperkenalkan negara Kuwait ketika ini.

“Sekiranya rayuan Kuwait SC berjaya, kita perlu meneliti keputusan itu dan merujuk kepada jawatankuasa pertandingan untuk memberikan langkah-langkah untuk tangani isu ini,” ujar Datuk Windsor.

Isu baru yang di timbulkan Kuwait SC akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar FIFA di Geneva hari ini.

Baca : AFC Putuskan JDT Ke Final AFC Cup 2015 Bertemu Istiklol

-Arena


Download aplikasi The Sukan di Google Play