The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kuwait Kritik FIFA Gantung Persatuan Negara Itu

Encik Bakri pada October 21, 2015

KUWAIT CITY: Kuwait mengkritik tindakan FIFA dan menyifatkan keputusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung persatuan bola sepak negara itu berikutan campur tangan kerajaan sebagai `alasan tidak meyakinkan dan tiada justifikasi’.

Agensi Berita Kuwait (KNA) memetik Menteri Penerangan, Sheikh Salman Sabah Salem Al Houd Al Sabah sebagai berkata, negara itu akan bekerjasama dengan badan induk bola sepak dunia terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

FIFA menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait pada Jumaat. Berikutan keputusan itu, pasukan kebangsaan negara berkenaan dan kelab mereka dilarang daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa.

Selain itu persatuan bola sepak negara itu dan ahlinya, tidak akan lagi menerima sebarang bantuan pembangunan FIFA.

Kuwait ketika ini berada di tempat kedua di belakang Korea Selatan dalam Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Pasukan kebangsaan negara itu dijadual bertemu Myanmar pada 17 November ini. – AP


Download aplikasi The Sukan di Google Play