The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kuwait FA Sah Digantung FIFA, JDT Ke Final AFC Cup 2015?

Encik Bakri pada October 17, 2015

Kuwait FA sah digantung FIFA, adakah JDT bakal ke Final AFC Cup 2015 dengan kemenangan percuma? Setakat jam 5.00 pagi ini pihak AFC belum mengeluarkan sebarang kenyataan behubung status perlawanan separuh akhir AFC Cup yang melibatkan dua kelab dari Kuwait iaitu Kuwait SC dan Qadsia SC.

FIFA mengumumkan keputusan untuk menggantung Kuwait FA serta-merta semalam. Ini berikutan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baru yang mengancam autonomi dan kebebasan Kuwait FA daripada campur tangan kerajaan.

Menurut kenyataan media yang di keluarkan laman web rasmi FIFA menyebut :

“Hari ini, 16 Oktober 2015, Persatuan Bola Sepak (KFA) telah digantung dengan serta merta. Penggantungan tersebut dilakukan berikutan keputusan yang telah dibuat dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 24 dan 25 September setelah Kuwait diberikan masa sehingga 15 Oktober 2015 untuk mengubah undang-undang sukan yang telah dibuat sebelum ini.

“Penggantungan tersebut hanya akan ditarik balik sekiranya KFA dan ahli-ahli lembaganya (wakil kelab-kelab tempatan) dapat menjalankan aktiviti-aktiviti bola sepak dan tanggungjawab yang sedia ada secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana peraturan.

“Ekoran daripada keputusan tersebut, tiada sebarang pasukan dari Kuwait (termasuk kelab-kelab tempatan) yang boleh menyertai pertandingan antarabangsa (di bawah artikel 14 perenggan 3 dalam Undang-Undang FIFA), dan KFA mahupun mana-mana ahli-ahli lembaganya ataupun pihak yang terlibat tidak akan menerima sebarang bantuan dari segi program pembangunan akar umbi, kursus atau latihan dari FIFA atau AFC.”

suspension-of-the-kuwait-football-association

Sementara itu laman twitter Qadsia News melaporkan pasukan Qadsia SC telah membatalkan perjalanan ke Malaysia selepas menerima berita penggantungan ini.

qadsia

Jika mengambil kira faktor bahawa penggantungan tersebut turut melarang mana-mana kelab Kuwait daripada bersaing dalam peringkat antarabangsa, maka Al Qadsia SC tidak akan dibenarkan untuk meneruskan perlawanan Piala AFC separuh akhir kedua menentang JDT.

Qadsia SC sebelum ini telah mencatatkan kemenangan 3-1 pada separuh akhir pertama, dan separuh akhir kedua sepatutnya akan diadakan di Stadium Larkin pada 20 Oktober. Namun penggantungan tersebut akan membatalkan perlawanan tersebut, lantas mungkin membenarkan JDT menjadi pasukan Malaysia pertama yang bakal melangkah ke pentas akhir Piala AFC tahun ini.

Baca : AFC Putuskan JDT Ke Final AFC Cup 2015 Bertemu Istiklol