Kumpulan Piala FAM 2017 dan Pasukan Pilihan

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Undian penentuan kumpulan Piala FAM 2017 telah diadakan semalam di Intekma Resort. Berikut ialah hasil undian :

Perlawanan Piala FAM akan bermula pada 19 Februari 2017 dan format pertandingan masih lagi seperti tahun lepas di mana empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir setelah liga tamat. Pertemuan pasukan di suku akhir nanti ditentukan seperti berikut :

Juara A vs Keempat B

Kedua B vs Ketiga A

Kedua A vs Ketiga B

Juara B vs Keempat A

Dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan layak untuk bermain di Liga Perdana pada musim berikutnya. Pada tahun 2016, kelab MISC-MIFA muncul juara setelah menewaskan PKNP FC, 3-1 secara aggregat.

Gelanggang sendiri pasukan Piala FAM 2017

Pasukan pilihan

Kumpulan A

Felcra FC tahun ini mempunyai ramai pemain berpengalaman - Shahrulnizam Mustapa, Azizi Mat Rose, Shahrizal Saad dan juga Azi Shahril. Dilatih pula oleh lagenda Perlis, Yusri Che Lah. Penulis pernah berkunjung ke latihan mereka dan sangat kagum dengan bonding yang ada antara pemain. Juara kumpulan A sepatutnya menjadi kepastian bagi Felcra FC.

Logo baru PJ Rangers

Pasukan yang mampu melengkapkan empat teratas ialah Shahzan Muda, MOF FC, KDMM FC.

Kumpulan B

Empat teratas sepatutnya mampu dicapai oleh SAMB FC, PJ Rangers, Sime Darby. Lagi satu slot untuk ke suku akhir pasti menjadi rebutan antara Terengganu City dan Sungai Ara FC.

PJ Rangers di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris pastinya bakal mahukan kekuasaan dan dominasi mengatasi pasukan lain. SAMB FC pula bukan pasukan sebarangan. Faktor kewangan yang kukuh di samping pengendali pasukan yang cukup berpengalaman, G. Torairaju, cukup untuk meletakkan SAMB sebagai pasukan pilihan.




Paparkan Komen