The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Kuala Lumpur vs Perak : Pergaduhan Di Stadium Selayang

Encik Bakri pada April 2, 2016

SELAYANG: Sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak didapati tercedera ketika kekecohan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, disini, malam tadi.
12931105_974229112652964_8146028493445532029_n

Kekecohan itu timbul sebaik saja selepas selesai perlawanan suku akhir kedua Piala FA membabitkan Kuala Lumpur dan Perak. Insiden dipercayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penyokong yang membaling batu dari luar ke tempat duduk penonton berada di dalam stadium.

Video Pergaduhan Di Stadium Selayang

Selain itu, letupan mercun dan bunga api turut kedengaran berhampiran tempat duduk penyokong Perak beberapa minit sebelum perlawanan berakhir.

kuala-lumpur-vs-perak-pergaduhan-di-stadium-selayang-CEDERA

Situasi ini menyebabkan penyokong di tempat duduk pelawat panik dan keadaan itu berterusan hinggalah wisel penamat dibunyikan.

Seorang penyokong Perak yang enggan dikenali mendakwa penyokong tuan rumah membaling batu kepada mereka selepas mereka keluar dari perkarangan stadium.

Perlawanan antara Perak dan Kuala Lumpur menyaksikan The Bos Gaurus catat kemengangan 1-0 (agregat 2-0) menerusi gol penentu Nurridzuan Hassan.

Selanjutnya di : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play